salam ukhuwah fillah!!
salam ukhuwah fillah!!
Di malam yg indah ini…aku masih lagi keseorangan bertemankan computer ribaku…
  Allah  menjadikan malam bertemankan bintang-bintang dan bulan… Allah  menjadikan setiap yang diciptakan di bumi ini berpasangan…bulan bintang,  malam siang, ikan sungai, dan pelbagai lagi yang mungkin kita tidak  dapat terfikir oleh akal..
  Tapi  di malam yang Allah ciptakan ini…aku masih keliru dengan Hati ciptaan  Allah ini padaku..kenapa aku perlu berfikir tentang ini…antara cinta dan  benci..juga Allah ciptakan…tapi aku masih tidak dapat membezakan antara  dua rasa itu..
  Ya  Allah kenapa kau beri aku ujian cinta…aku hamba yang lemah untuk terima  ini.. adakah betul keputusan yang aku lakukan ini..apakah yang terbaik  untukku..adakah dia akan bermakna untukku pada masa hadapan…ya Allah  untuk kali ini aku masih berperang dengan perasaan lu sendiri… bantulah  aku memikul ujian Mu ini agar aku kuat dan tabah…jika dia benar untukku,  dekatkan lah hatiku dengan hatinya..juka dia bukan milikku jauhkanlah  hatiku dengan hatinya….
  Betul  kata sahabat-sahabatku..sudah berbagai-bagai cara dia untuk sakitkan  aku..tapi apabila dia kembali padaku kelmarin membuatkan aku lupa pada  segala kesalahannya..apakah ini petanda nya ya Allah…boleh kan aku  mengatakan dia benar jodohku??atau pun ini ujian buatku untuk menguji  kata-kata ku sendiri??ya Allah aku lemas dengan hatiku ini….aku lemah  dengan pujukannya,, adakah benar dia sudah berubah semuanya untuk  kembali padaku??
  Wahai pencipta hati ini….tunjukkanlah bahawa dia bukan untukku..bukan juga jodohku…kerana kami tidak punyai restu dari ibubapa….
  Wahai  lelaki yang amat aku sayangi…aku masih sayang padamu..tapi aku masih  berkira untuk menerimamu atau pun tidak…aku sendiri berperang dengan  hatiku..marilah kita melakukan istikharah demi cinta pada Allah  ini..agar dapat satu jawapan yang amat berharga daripada pencipta  hati-hati kita ini…walau aku percaya kau akan berubah tapi hati ku tetap  menyatakan keraguannya..adakah itu dari syaitan atau pun Allah …aku  sendiri masih memohon petunjuk dari Allah…naluri ku berkata kau akan  menjadi suami ku kelak…maka marilah kita berjalan meniti malam yang  suci…bertemankan lena manusia di bumi…untuk kita bertemu Allah memohon  petunjuknya.. semoga malam rahmat ini Allah turunkan malaikat-malaikat  bertemankan tidur kita agar sampai petunjuk Allah….jika kau benar  cintakan aku kerana Allah…marilah kita mencari redha Allah..
  Kau  memang yang amat aku sayangi..maafkan aku kerana melakukan semua  ini…aku perlu kuat di hadapan mu agar kau juga akan kuat…menerima takdir  Allah..aku Cuma mahu merubahkan mu seperti mana kau diciptakan…andai  kau cinta kan aku kerana Allah maka cinta aku jadi milikmu..tapi andai  cintamu padaku hanya kerana nafsumu..maka kau bukan milikku…..maafkan  aku..ini adalah yang terbaik….salam sayang buat umat islam dimalam  lena…..
  ~kata-kata tulus dari hati permatahati di ilhamkan oleh pencipta ilhamku..~
   1.15am :28mei2011: saturday









1 comments:
maka hatiku memanggil istikharah cinta ini....
Post a Comment