topbella

..::sAmBuTLaH sALaMkU::...

Thursday, May 19, 2011

SaBaR itU iNdAh...

salam ukhuwah fillah!!

Tajuk SoLusi  bulan ini...Jun..."sabar  itu indah"....Sabar dari sudut istilah, bermaksud menahan diri daripada sifat mazmumah..contohnya sifat gelisah, beremosi,mengeluh dan sebagainya.
Dalam Firman ALLAH yang bermaksud " Dan sabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru  Tuhannya pada waktu pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaanNya dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah kami lalaikan daripada mengingati kami,serta menuruti hawa nafsunya kerana keadaannya itu melewati batas"(surah Al-Kahfi 18:28)

 Firman ALLAh jelas menerangkan kepada kita tentang pentingnya sabar dalam kehidupan seharian kita..
sekali gus ayat ini memberi pencegahan pada kita daripada menghampiri atau bersama atau bersahabat dengan orang-orang yang lalai..
Daripada pengalaman sendiri...apabila kita bersahabat dengan orang-orang yang hatinya telah ALLAH palingkan daripada mengingati ALLAH...kita juga akan memburukkan lagi akhlak dan sifat kita sebagai muslim yang sejati...
yang dahulunya menjaga segalanya..tapi apabila bertemu dengan orang-orang tersebut maka hilang lah matlamat hidup kita, hancur masa depan kita..
Tapi ALLAH masih sayangkan hambanya andai suatu hari kita tidak lagi bersahabat dengan orang-orang tersebut...kerana ALLAH menjanjikan yang lebih baik daripada sahabat yang melalaikan...
Maka itula pentingnya SABAR dalam hidup ini...kita mestila terbuka hati menerima segala Keputusan ALLAH....
SABAR....SABAR.....SABAR.....jangan sesekali melatah...jangan sesekali mengeluarkan perkataan keji keraana ALLAH amat menyayangi kita....
Kesimpulannya,
dalam Islam, SABAR terbahagi kepada tiga bahagian.
1) SABAR dalam menunaikan perintah ALLAH
2) SABAR dalam meninggalkan larangan ALLAH
3) SABAR dalam menghadapi musibah(ujian) daripada ALLAH..
Renung-renungkan bersama...sekadar perkongsian...Selamat Beramal!...:-)

~BY~aniszafirahzali~
Enhanced by Zemanta

0 comments:

Post a Comment

...:::Kenali Diriku::...

My Photo
BiNTuN ZaLi
Kuala Kubu Bharu, selangor, Malaysia
Dilahirkan pd 25 ogos 1991 bersamaan 7 safar 1412
View my complete profile