topbella

..::sAmBuTLaH sALaMkU::...

Saturday, May 14, 2011

Kau Imamku....

salam ukhuwah fillah!!
percubaan pertamaku...menulis novel...msih dalam proses..doakn aku berjaya mn
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Bumi anbia’..tempat nabi2 terdahulu…sungguh aku tidak sangka aku menjejakkan kaki ku disini..tempat yang paling menjadi idaman semua umat untuk menuntut ilmu. Disini lah lubuk segala ilmu agama. Wah tengok tu..ramai pulak yang pergi ke sini..”bisikan dari hati Anis Zinnirah. Anis Zinnirah satu nama yang unik.wanita yang berasal dari negeri Selangor.Anak jati Selangor ini dating ke Mesir untuk perubatan dan bukannya untuk belajar. Dia memanfaatkan cuti semestanya di UIA dengan berhijrah ke Mesir untuk beberapa bulan.
Di UIA>>23 Februari 2011
ABANG!!!!!...saya rindukan abang..kenapa abang buat macam ni kat saya?apa salah saya..apa kurangnya saya dengan Aishah?”jerit hati .Setiap masa, setiap detik dia selalu memikirkan Khairul Azfar. Namun tak kan didengari  oleh jejaka yang berasal dari Kota Bharu itu. Memang seorang Tahfiz spertinya menjadi kegilaan wanita zaman sekarang. Tapi bukan seperti yang dijangkakan.
“Dah!! Jangan contact aku lagi! Faham??aku dah tak nak kat kau..kenapa kau terhegeh2 lagi kat aku..kau takde maruah dah ke??!!” tengking khairul kepada Anis. Sebak dan sesak nafas Anis saat dimaki ketika itu, terasa seperti ada sesuatu menghentam hatinya. Pergaduhan antara Khairul dan Anis sentiasa membingitkan lagi bangunan Uia. Hampir semua penghuni bilik E-1-10 Mahallah Ummusalamah  mendengar perbualan Anis dan kekasihnya Khairul.
“Anis, dah la tu..tak payah  couple dengan dia lagi..kecian aku tengok kau selalu kena maki dengan Khairul..” pujuk rakan sebiliknya, Khaulah Al-Azwa, Sahabat sejatinya yang sentiasa mendengar luahan hatinya ketika sedih dan gembira. “ Aku dah cuba dah, Khaulah..tapi aku tak boleh lupakan dia..aku sayang dia sangat..”jawap Anis. “ Tapi Anis dia dah buat macam-macam kat kau..tak Nampak lagi ke?” Khaulah membalas. “Entah lah, aku tetap sayang dia walau apa pun dia buat kat aku..dia mungkin tengah serabut tu,,”Anis tetap tidak mengalah.
“Betul tu Anis!!! Kau kena tinggalkan dia..ade ramai lagi yang nak jadikan kau sebgai isterinya! Percayalah cakap aku wey!....”jerit Nuha zahin kepada Anis, teman sebiliknya..Tapi Anis masih melayan perasaannya ketika itu, melayari internet. “emm yela Zahin..nanti aku putuslah..tapi bukan sekarang..sekarang kan dah nak exam so focus exam la..AHHAHAHAH!”Anis bergurau.. memang menjadi kebiasaan Anis bergurau hal-hal serius seperti ini..baginya semuanya lambat lagi. Kebiasaan Anis juga menjengah ke bilik sahabat baiknya,Khaulah..
“Eh,nak balik dah ke Anis??”Tanya Nisa sambil melihat Anis mengemas laptopnya dan buku-bukunya. “AAh nak balik bilik lah malam ni..baju tak iron lagi, buku pun tak kemas lagi..lagipun Khaulah dah tidur tu…Takpe esok kite dating lagi..”gelak Anis kepada Nisa. “ Ok anis..hati-hati balik tu..jangan lupa solat tahajud ye…dan…tolong tutup pintu ye Anis…terima kasih..sayang Anis..”pesan Nisa pada Anis ketika Anis melangkah kaki keluar bilik.
Dalam perjalan pulang ke bilik, sempat pula Anis menelefon Khairul di kala lewat malam ini..tapi malangnya…..
“TUtt…TUtt….Nombor yang anda panggil sedang digunakan.. sila cuba sebentar lagi.” Kata operator celcom menjawab.
PANGGGGGGGGGGG…Anis Mengamuk dalam diam.Hatinya sesak kembali. Rasa seperti di hiris-hiris hatinya saat itu..
“AAAAAAGGHHHHHHHHHHHHHHH…rasa nak menjerit jeeeeeee!!!!!” monolog Anis dalam hati. “dia call siapa?atau siapa call dia??” Anis meneka sendiri didalam hati. Anis tidak boleh menahan lagi.memang menjadi kebiasaan Anis mengamuk kalau Khairul buat seperti itu..Anis masih tidak putus asa. Dia call Khairul sampai diangkat oleh Khairul. Setelah setengah jam barulah Khairul mengangkat panggilan Anis.
“Abang call siapa tadi??saya call abang tapi tapi tak jawab..ni yang saya nak marah ni…!” Anis mengawal amarahnya. “Abang tak call siapa-siapa pun..kak Diana call abang tadi..jangan lah fikir bukan-bukan. Abang tak cakap apa pun wish birthday je..”Khairul memujuk bakal tunangnya itu.  “Emm yela…lain kali jangan buat lagi..saya tak suka orang tipu saya lagi-lagi orang yang saya sayang..” Anis membalas. Akhirnya Anis termakan juga dengan pujukan Khairul. Khairul tergelak bahagia di dalam hatinya.Anis , meletakkan gangang telefonnya dan bersedia untuk tidur kerana kepenatan yang teramat menyiapkan assigmentnya.
Tidak sampai beberapa minit Anis melelapkan mata,telefonnya bebunyi mengalunkan lagu yang disetkan meminta untuk diangkat,Dia mengangkat dalam keadaan mamai.hatinya terdetik meneka siapakah yang menelefonnya lewat malam begini.
“HEI perempuan! Boleh tak kau jangan ganggu Khairul lagi??!!” Jerit wanita di dalam telefon itu, hatinya bagai ditarik-tarik oleh seseorang. Turun naik nafasnya menahan marah. “ASSALAMMUALAIKUM,enti ni siapa, kenapa nak maki-maki ana tengah malam ni..siapa rampas siapa ni??Ana tak suka nak marah-marah!!”balas Anis menahan marahnya. “Hei yang kau ganggu aku call Khairul tadi kenapa ha???!!!dia dah tak nak kat kau, kenapa kau terhegeh-hegeh lagi kat dia!!??” mendengar ayatnya yang terakhir itu Anis bagai dirasuk hantu..dia kembali mengamuk. Dia keluar dari bilik untuk melepaskan marahnya takut-takut menganggu penghuni biliknya. “Hei…kau cakap baik sikit ye!!!!!aku ni bakal tunang dia! Yang kau ni siapa nak sibuk-sibuk pasal aku dengan Khairul!!! Kau tu yang perempuan tak tahu  malu menggoda Khairul.!!!” Anis melepaskan marahnya. “Eh dia dah tak nak kat kau,dia meluat tengok kau.sekarang dia dah jadi milik aku jadi tolong jangan ganggu dia lagi faham!!!!!”wanita tersebut membalas lalu meletakkan ganggang telefon.Anis dalam keadaan tercengang memikirkan sesuatu walaupun hatinya diamuk perasaan benci dan marah yang teramat sangat.
Anis menekup wajahnya menahan esakannya yang kian kedengaran. Dia buntu. Dia tidak dapat menahan perasaannya sendiri,kesedihan yang teramat. Sesungguhnya, apa yang berlaku terlalu berat untuk dihadapi. Bukan kali pertama dia menghadapi situasi ini. Dia bingung. Dia boleh jadi sasar dalam keadaan ini. Ya ALLAH, KAU berikanlah kekuatan untuk menghadapi semua dugaan ini. KAU tabahkanlah hatiku. Dan lindungilah aku daripada semua kejahatan yang sedang berlaku ini.
Dia kembali menelefon Khairul dengan harapan lelaki itu dapat menjelaskan kecelaruan yang melanda hatinya. “TUT TUT tut tut tut..call waiting…..nombor yang anda panggil sedang digunakan…”kata operator itu.
Anis sudah penat yang teramat. Hatinya kini terlalu sakit. Dia terus ke bilik air dihadapannya dan terus mengambil wuduk. “ya ALLAH aku sudah sakit hati yang teramat sangat. Di malam yang indah ini tunjukkanlaj aku segala kebenaran, tunjukkan aku jalan yang benar YA ALLAH.” Anis merintih dalam doanya dalam tahajudnya. Dia berharap ALLAH memakbulkan doanya.
“Anis tak tidur lagi ke?” Anis terkejut mendengar suara itu.. “Kak ju ni, terkejutkan kite je..nasib baik tak terkeluar jantung kite ni..heheh”Anis cuba bergurau. Rupanya ada juga sahabat biliknya tidak tidur lagi. Dalam kegelapan malam itu, dia cuba menahan tangisannya dari diketahui kakak Junaidah teman sebiliknya,satu-satunya senior dalam biliknya. “Ingat kak Ju tak dengar ke Anis menangis?Kak Ju tak tidur lagi la..tapi diorang yang tutup lampu tapi mata tak tutup lagi. Kenapa ni Anis?ada masalah ke?tak nak beritahu Kak Ju ke?” Junaidah cuba memancing jawapan dari Anis dengan harapan dijawap soalannya. Tapi hampa, Anis tertidur dalam di atas sajadahnya. “Lah dah tidur rupanya budak ini..ishhh,,penat je aku tanya,tanya katil rupanya.hihi” Junaidah monolog sambil tergelak dalam hati.
Keesokannya Anis sedar dari tidurnya, dia tidak menyangka dia tertidur selepas solat malam tadi. Dia terus bangun dari tidurnya untuk persiapkan diri solat subuh.
Seusai solat subuh Anis memegang telefon bimbitnya dan membaca mesej dari Khairul malam tadi. Rupanya aku tak sedar langsung semalam dia call. Dia segera membaca mesej tersebut, tapi setelah baca dia bagaikan ditampar kilat.
“Abang dah tak nak dengan sayang lagi. Abang dah ada orang lain. Semalam yang call tu namanya Noriah. Dia lah kekasih baru abang. So, lepas ni kita dah tak ada apa-apa hubungan dah. Dan jangan ganggu aku lagi.faham!” tersentak hati Anis membaca mesej dari Khairul. YA ALLAH dugaan apakah ini, ya ALLAH..di manakah silapku..dimanakah aku melakukan benda yang tidak disukainya..YA ALLAH apapun dugaanMU,tabahkan aku sekali lagi.
Jam 8 pagi barulah dia bersiap-siap ke kelas. Wajahnya nampak sungul dan matanya bengkak disebabkan menangis malam tadi. “Aiii…..awal kau datang kelas Anis. Kau  ni memang suka datang kelas awal-awal ye!”  terjah Khadijah pada Anis. “ Ya ALLAH, kau ni  jah,buat aku terkejut beruk je..” Anis menjawap sambil mengurut dadanya disebabkan terkejut teramat. “Haaa….kau dating dengan Amjad ye.” Khadijah tidak habis mengusik Anis.
“Wei kelas ada ke tak ye??sebab tadi aku nampak budak-budak kelas sebelum kita tadi duduk lepak je kt kedai makcik tadi..” Nazirah menyampuk. “Herm..a’ah kan..ada ke tak ye??cuba tanya Roisah kita..hahahaha” Khadijah memuncungkan bibir ke arah Anis yang dari tadi termenung. “ Anissssssssssssssss……aku tanya ni ada ustaz beritahu kelas batal ke?yang kau dari tadi senyap je apa kes?” Nazirah kebingungan melihat Anis. “Eh..a’ah kan. Aku tak tengok handfhone aku pun pagi ni..sory…”Dia menjawap sambil tangan mencari telefon bimbitnya
“Ya ALLAH sorry sangat..aku memang terlupa nak tengok handfhone tadi..aku silentkan malam tadi..AAh ustaz bagi mesej kat aku.. Ustaz kata kelas hari ni batal ganti malam ni.”Dia memberitahu rakan-rakannya sambil buat muka kesian meminta maaf pada rakannya. Ustaz bagi mesej pagi tadi tanpa dia sedari.


1 comments:

BiNTuN ZaLi said...

tunggu sambungannya,,insyaallah,,,
sokongan anda semua sy harapkan...
sykran kathira...

Post a Comment

...:::Kenali Diriku::...

My Photo
BiNTuN ZaLi
Kuala Kubu Bharu, selangor, Malaysia
Dilahirkan pd 25 ogos 1991 bersamaan 7 safar 1412
View my complete profile