topbella

..::sAmBuTLaH sALaMkU::...

Monday, May 30, 2011

..::RATUKU::..

Ratuku…
Inginku luahkan apa yang sudah lama inginku luahkan…Tentang kebimbanganku ini tatkala melihat bunga-bunga berguguran dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu sarakah…
Ratuku…
Kebimbanganku ini masih menebal pabila ku  dengar dengungan kumbang perosak yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu..
Ratuku..
Kebimbanganku ini bertambah lagi bila ku melihat bunga yang tanpa segan silu melampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar  melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya..
Ratuku…
Aku masih terpinga-pinga..masih wujudkah ratu idaman hatiku..kerana apa yang ku lihat semakin banyak bunga-bunga berguguran bagaikan tibanya musim luruh..
Ratuku…
Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hawa yang berlari-lari antara safa dan marwah……..bukan juga seperti Ainul Mardhiyah menanti kekasih dipintu Syurga…
Ratuku….
Akuilah hakikat yang tersurat engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah…engkau bukan Aisyah bukan juga Rabiatul Adawiyah wanita suci terpuji…kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga-bunga itu…kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga…Jangan kau risau kadangkala musim berganti sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar tapi itu hanya ujian buatmu…
Ratuku…
Esok musim bunga pasti akan tiba dank au akan mampu berkembang lagi..macam yang ku harapkan ketika itu..kau jaga kelopakmu itu jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi….Jangan goda kumbang ganas menghirup madumu…Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu kerana kau ratu idaman kalbu..
Ratuku..
Aku bukanlah memandang kecantikanmuwalaupun kadangkala aku tertarik memandangmu…tapi bukanlah itu yang kuharapkan..aku yakin ratuku masih ada sinar harapanyang bias membuatku tersenyum duka kerana akan ku temui ratu yang bernama RATUKU….
~~original min muslim ila permatahati…~~khairul anam hazmizan hasli kepada Anis Zafirah zali~ 30may2011: 1.58pm.monday

0 comments:

Post a Comment

...:::Kenali Diriku::...

My Photo
BiNTuN ZaLi
Kuala Kubu Bharu, selangor, Malaysia
Dilahirkan pd 25 ogos 1991 bersamaan 7 safar 1412
View my complete profile