topbella

..::sAmBuTLaH sALaMkU::...

Sunday, May 29, 2011

~CEMBURU SEORANG WANITA~

salam ukhuwah fillah!!
Dimalam hening aku masih belum dapat melelapkan mataku walaupun seusai berbicara dengannya..

Cemburu  seorang wanita…

Hati manusia ini Allah telah ciptakan berbagai-bagai rasa dan cara….tapi aku pula berlainan dengan manusia yg lain…”sedangkan Saidatina Aisyah sendiri  cemburukan Saidatina Khadijah yang sudah meninggal dunia” maka apa yang telah Rasulullah selesai kan masalah Saidatina Aisyah ini??

Hati wanita Allah ciptakan berlainan dengan hati lelaki. Hati lelaki lebih keras dan teguh dari wanita. Tetapi andai sampai satu saat hati lelaki cemburu ini adalah keistimewaan. Sering kita kata pada zaman sekarang hati wanita sentiasa disakiti. Ya memang benar!..lelaki sukar memahami hati wanita…kenapa perlu ada perasaan cemburu..tetapi ini adalah fitrah yang Allah ciptakan untuk sekeping hati yang suci lagi halus..

Ya aku sendiri merasaikan itu! Memang benar mulut mudah melafazkan “andai suami aku poligami aku tidak kisah”…tetapi hati wanita tidak dapat menipu dan menurut kata mulut…Ya Allah…aku sendiri merasakan cemburu yang teramat sangat….kau sendiri ditinggalkan kerana perasaan cemburu ini..

Ya Allah perlukah aku ada perasaan ini terhadapnya??adakah aku dianggap hina dengan berprasangka begitu??ya Allah aku bingung memikirkannya…aku masih tidak dapat menerima hakikat andai orang yang aku sayangi menyayangi orang lain sama dia menyayangiku…YA ALLah aku tidak boleh menerima ini..terlalu berat untuk menenangkan hatiku sendiri andai cemburu mengatasi diri ku sendiri..aku jadi hilang kawalan dan pemikiran ku sendiri….semalam aku berperang dengan hatiku…tetapi hati ini aku berperang dengan perasaan cemburuku. Aku tidak kuat mendengar cerita tentang orang lain yang sama sepertu dia menyayangiku…oh tidak………maka apa lagi….diam mengunci mulutku dari berkata-kata menahan didih dihati perasaan cemburuku…!!!!!!!!!

Maafkan saya wahai wanita yang amat aku cemburu! Ya aku cemburu padamu kerana kau telah menawan hatinya daripadaku…ya aku tidak mahu berkongsi suami denganmu…!aku masih belum bersedia menerimamu sebagai maduku..tapi aku masih cuba mengawal hatiku…ya! Aku masih isteri pertama dia..tetapi aku juga  punya perasaan sama sepertimu…kita sama sayang padanya…”suami”..maka aku berharap padamu agar tidak memporak perandakan rumah tanggaku denganya..berilah kami bahagia seperti mana dia sebelum ketemu denganmu..jika ini takdirku..ya! aku terima walaupun berat aku memikulnya..tetapi ini lah takdir..orang yang aku sayangi perlu berkongsi kasih dengan orang yang ku benci selama ini..maafkan aku wahai maduku!!!! Jadi tidak salah andai aku berlawan dengan mu memenangi hatinya….aku tetap tidak akan lepaskannya sebagai suamiku….

Kesimpulannya,…berhati-hati denganku wahai wanita-wanita diluar yang cuba mendekati orang yang aku sayangi…aku mampu melakukan apa sahaja mengikut cemburuku….maafkan aku….wahai sayangku….membuat dikau tidak lena memikirkan ku…… wallahualam..


~santapan sepertiga malam…luahan hatiku permatahati~


2.29am : 29 May 2011 : Sunday.


2 comments:

Pemilik Sekeping HAti said...

mohon izin sahre..sangat bermakna

BiNTuN ZaLi said...

subhanallah...adakah ini dikatakn bermakna...ini hanya luahan hati ana....nk share dipersilakan...

Post a Comment

...:::Kenali Diriku::...

My Photo
BiNTuN ZaLi
Kuala Kubu Bharu, selangor, Malaysia
Dilahirkan pd 25 ogos 1991 bersamaan 7 safar 1412
View my complete profile