topbella

..::sAmBuTLaH sALaMkU::...

Saturday, May 28, 2011

-Mahabah rindu hatiku-

salam ukhuwah fillah!!
salam ukhuwah fillah!!
Di malam yg indah ini…aku masih lagi keseorangan bertemankan computer ribaku…

Allah menjadikan malam bertemankan bintang-bintang dan bulan… Allah menjadikan setiap yang diciptakan di bumi ini berpasangan…bulan bintang, malam siang, ikan sungai, dan pelbagai lagi yang mungkin kita tidak dapat terfikir oleh akal..

Tapi di malam yang Allah ciptakan ini…aku masih keliru dengan Hati ciptaan Allah ini padaku..kenapa aku perlu berfikir tentang ini…antara cinta dan benci..juga Allah ciptakan…tapi aku masih tidak dapat membezakan antara dua rasa itu..

Ya Allah kenapa kau beri aku ujian cinta…aku hamba yang lemah untuk terima ini.. adakah betul keputusan yang aku lakukan ini..apakah yang terbaik untukku..adakah dia akan bermakna untukku pada masa hadapan…ya Allah untuk kali ini aku masih berperang dengan perasaan lu sendiri… bantulah aku memikul ujian Mu ini agar aku kuat dan tabah…jika dia benar untukku, dekatkan lah hatiku dengan hatinya..juka dia bukan milikku jauhkanlah hatiku dengan hatinya….

Betul kata sahabat-sahabatku..sudah berbagai-bagai cara dia untuk sakitkan aku..tapi apabila dia kembali padaku kelmarin membuatkan aku lupa pada segala kesalahannya..apakah ini petanda nya ya Allah…boleh kan aku mengatakan dia benar jodohku??atau pun ini ujian buatku untuk menguji kata-kata ku sendiri??ya Allah aku lemas dengan hatiku ini….aku lemah dengan pujukannya,, adakah benar dia sudah berubah semuanya untuk kembali padaku??

Wahai pencipta hati ini….tunjukkanlah bahawa dia bukan untukku..bukan juga jodohku…kerana kami tidak punyai restu dari ibubapa….

Wahai lelaki yang amat aku sayangi…aku masih sayang padamu..tapi aku masih berkira untuk menerimamu atau pun tidak…aku sendiri berperang dengan hatiku..marilah kita melakukan istikharah demi cinta pada Allah ini..agar dapat satu jawapan yang amat berharga daripada pencipta hati-hati kita ini…walau aku percaya kau akan berubah tapi hati ku tetap menyatakan keraguannya..adakah itu dari syaitan atau pun Allah …aku sendiri masih memohon petunjuk dari Allah…naluri ku berkata kau akan menjadi suami ku kelak…maka marilah kita berjalan meniti malam yang suci…bertemankan lena manusia di bumi…untuk kita bertemu Allah memohon petunjuknya.. semoga malam rahmat ini Allah turunkan malaikat-malaikat bertemankan tidur kita agar sampai petunjuk Allah….jika kau benar cintakan aku kerana Allah…marilah kita mencari redha Allah..

Kau memang yang amat aku sayangi..maafkan aku kerana melakukan semua ini…aku perlu kuat di hadapan mu agar kau juga akan kuat…menerima takdir Allah..aku Cuma mahu merubahkan mu seperti mana kau diciptakan…andai kau cinta kan aku kerana Allah maka cinta aku jadi milikmu..tapi andai cintamu padaku hanya kerana nafsumu..maka kau bukan milikku…..maafkan aku..ini adalah yang terbaik….salam sayang buat umat islam dimalam lena…..

~kata-kata tulus dari hati permatahati di ilhamkan oleh pencipta ilhamku..~

 1.15am :28mei2011: saturday

1 comments:

BiNTuN ZaLi said...

maka hatiku memanggil istikharah cinta ini....

Post a Comment

...:::Kenali Diriku::...

My Photo
BiNTuN ZaLi
Kuala Kubu Bharu, selangor, Malaysia
Dilahirkan pd 25 ogos 1991 bersamaan 7 safar 1412
View my complete profile