topbella

..::sAmBuTLaH sALaMkU::...

Monday, October 17, 2011

..::Hari-hari ada ujian::..

salam ukhuwah fillah!!

 Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." Riwayat: Abdullah bin Mas'ud r.a
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut. Riwayat al-Hakim
Tribulasi atau ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja. Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.
Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya:Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (al-Insyirah:6) 5. Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.
Setiap hari kita ada ujian. Dalam bentuk yang pelbagai seperti pilihan nafsu, akal, atau mengikut Al-quran.
فَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِّنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: ""Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku"". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui 
(Surah Az-Zumar 39: Ayat 49)

Wednesday, October 12, 2011

..::Hijrah Rasulullah::..

salam ukhuwah fillah!!

كانت هجرة الرسول صلى الله عليه وسلم مبدأ تاريخ الإسلام يحتفل بها المسلمون في كل عام لأنهم أجمل ذكرى للثبات على الحق والجهاد في سبيل الله من أجل بناء دولة الإسلام وقد لقي عليه الصلاة والسلام العناء الكبير قبل الهجرة وبعدها من كفار قريش ومن اليهود سكان المدينة وكانت قرش تكره هجرته مخافة أن يجد في دار هجرته الأعوان والأنصار فوضعوا عليه العيون ولكنه خرج من بيته سرا وترك ابن عمه عليا في فراشه تضليلا لهم ورافقه في الهجرة صديقه أبو بكر.


Peristiwa hijrah berlaku dalam sejarah Islam pada malam 27 Safar tahun ke 14 kenabian apabila rasulullah salallahualaihiwassalam meninggalkan rumahnya menuju ke rumah sahabatnya Abu Bakar As-siddiq dan keluar bersama-sama melalui pintu belakang sebelum terbitnya fajar.
Orang ramai yang membaca kisah sejarah pasti akan memahami bahawa penghijrahan nabi Muhammad adalah berlaku dengan arahan wahyu Allah swt. Ini sememangnya benar dan dibuktikan melalui riwayat dari Abdullah bin Ady ibn Al-Hamra` Az-Zuhry, yang diberitakan daripadanya, bahawa dia mendengar Nabi salallahualaihiwassalam sewaktu baginda berada di al-Hazwirah di pasar Makkah yang sabdanya : “Demi Allah, sesungguhnya engkau (Makkah) adalah bumi Allah yang terbaik, dan aku mencintai bumi Allah kerana Allah , jika tidak kerana aku diperintahkan untuk berhijrah, nescaya aku tidak akan keluar dari bumi ini.” (Hadis riwayat Ahmad)
Manakala dalam Al-Quran, Allah swt telah menjelaskan kelebihan berhijrah di jalan-Nya dengan berfirman yang bermaksud : “Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An-Nisa : 100)
Wahyu pun berlangsung dengan usaha dan perancangan
Sekalipun nabi Muhammad salallahualaihiwassalam diperintahkan untuk berhijrah menuju ke Madinah oleh Allah swt melalui wahyu namun perjalanan tersebut tetap perlu ditempuhi oleh baginda dengan perancangan menggunakan kebijaksanaan dan bekalan persediaan perjalanan.
Allah tidak menyediakan pengawal peribadi bertaraf lima bintang atau kenderaan mewah dengan kelajuan supersonik untuk membawa nabi salallahualaihiwassalam keluar daripada kota Makkah semata-mata kerana hijrah nabi ini adalah suruhan Allah swt. Sekalipun wahyu kamu tetap perlu berusaha sendiri melaksanakannya dan memenuhi perintah Allah swt tanpa berlengah-lengah dan mengharap bantuan dari Allah sebelum kamu berusaha.
Allah memerhati, dia bersama kita setiap masa tetapi apakah itu bermakna ujian dan dugaan hidup di atas dunia ini semuanya tidak bermakna ? Tidak, bahkan ujian dan kesusahan itulah pra-syarat kita untuk mendapatkan pertolongan Allah dan rahmat daripada-Nya.
Lihat sahaja tindakan baginda memaklumi Abu Bakar yang merupakan sahabatnya akan peristiwa hijrah di waktu tengahari secara sulit, mendatangi beliau dengan menutup wajah, mengupah Abdullah bin Uraiqith sebagai penunjuk jalan, ancaman bunuh dalam perjalanan dan ujian di dalam gua Tsur serta pelbagai lagi kisah-kisah menakjubkan dalam peristiwa Hijrah menunjukkan kepada kita bahawa perlaksanaan perintah wahyu itu adalah tanggungjawab kita sebagai hamba Allah swt dan perlu dilakukan dengan kudrat dan kemampuan kita yang maksima.
Allah swt berfirman yang bermaksud : “Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) Maka Sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang Dia dan salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu Dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, Sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir Itulah yang rendah. dan kalimat Allah Itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah : 40)
Hijrah bukanlah satu pelarian
Penempatan nabi salallahualaihiwassalam apakah di Makkah atau di Madinah bukanlah suatu masalah besar buat Allah swt untuk menurunkan pertolongan, bantuan atau mempamerkan kekuatan dan kebesaran-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang derhaka.
Allah boleh sahaja membantu nabi dan dakwah baginda apakah di Madinah atau di Makkah.
Allah swt berfirman yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya (Muhammad) dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik; dan selain dari itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula.” (At-tahrim : 4)
Hijrah bukanlah sebuah pelarian kerana Agama Islam selamanya tetap kekal izzah dan mulia sebagai agama dan ajaran daripada Allah swt dan rasul yang memikul tugas amanah menyampaikan ajaran ini bukanlah seorang yang lemah atau rendah kedudukannya di kalangan manusia sehingga perlu berlari, bersembunyi atau menjadi pelarian di atas tanah tumpah darahnya sendiri.
Tetapi hijrah mempunyai mesej dan hikmah yang tersembunyi.
Undur bukanlah bermakna kalah.
Bersembunyi dan merahsiakan dakwah bukanlah bermakna salah.
Islam ialah agama yang mengandungi mesej dan teladan buat manusia sepanjang zaman. Pelbagai watak manusia “akan” dan “berhak” untuk mengambil pelajaran daripada kisah rasulullah dan mengamalkan isi kandungan Islam yang dibawa oleh Al-Quran dan As-sunnah nabawiyah.
Tidak semua manusia akan menjadi seperti Umar al-khattab yang berhijrah di tengah-tengah khayalak ramai dan mencabar sesiapa yang mahu menahannya daripada berhijrah. Tidak semua pula yang bernasib malang seperti Suhaib ar-rumi yang dirampas harta dan barangannya sewaktu hendak berhijrah ke Madinah.
Demikianlah nasib dan watak manusia berbeza-beza, latar belakang dan kemampuan mereka tidak sama justeru itu Islam datang membawa satu standard dan pengajaran yang bersifat umum dan menyeluruh, universal dan global yang sesuai diikuti oleh umat manusia sepanjang zaman tanpa terikat oleh usia dan batas masa serta waktu dan keadaan zaman.
Menyingkap Mesej Hijrah
Hijrah merupakan satu titik perubahan baru dalam dakwah Islamiyah dan mengajar banyak perkara kepada umat Islam dan juga kepada peribadi rasulullah salallahualaihiwassalam. Kali ini tugas nubuwwah tidak lagi hanya berlangsung dan berselindung di rumah Al-Arqam bin Abil Arqam tetapi di kota-kota dan akan didengari ke seluruh pelusuk dunia.
Kota Madinah dipilih untuk mendapatkan kehormatan dan menjadi pusat penyebaran dakwah Islam tersebut.
Pengajaran pertama daripada Hijrah ialah Dakwah Islam itu harus berjalan menuju ke puncak dan ditinggikan oleh pengorbanan-pengorbanan manusia yang beriman kepada Allah swt sehingga suara agama dan seruan Allah untuk seluruh manusia beriman dan bertauhid kepada-Nya didengari oleh seluruh isi alam.
Hijrah mengajar nabi bahawa Allah telah memprogamkan Islam untuk tidak membuang masa melayani kerenah kufar dan menanti sesuatu yang tidak pasti kerana “Masa” bagi seseorang manusia itu amatlah penting dan ianya perlu dilaburkan sepenuhnya ke jalan Allah swt dan melakukan apa yang lebih menguntungkan agama dan membawa kepada bekalan akhirat dari menanti sesuatu yang tidak pasti seperti menanti orang-orang yang kafir itu menjadi beriman.
Rasulullah tidak disuruh menunggu di Makkah,tidak disuruh terus berdakwah sehingga kaumnya menjadi beriman dan selama penantian itu maka baginda haruslah tetap tunduk kepada pemerintahan dan kekuasaan jahiliyyah dan syirik yang berleluasa di atas bumi Makkah.
Tidak sama sekali.
Islam tidak akan mengiktiraf jalan pemikiran dan jalan kehidupan seperti itu kerana kemuliaan agama Allah dan kemuliaan Islam serta seruan dakwahnya lebih merelakan nyawa seorang rasul dikorbankan daripada menjadi santapan dan tunduk kepada pemerintahan dan kekuasaan taghut dan syirik.
Ramai rasul-rasul dan nabi yang telah terbunuh dalam dakwah mereka tetapi belum ada rasul dan nabi yang pernah bernaung di bawah bendera syirik dan kebathilan serta tetap meneruskan dakwah mereka seperti biasa seolah-olah tidak terganggu dan tergugat oleh syirik dan kebathilan.
Islam dan sifatnya bukan sebegitu.
Allah swt telah mewajibkan kepada setiap orang yang beriman untuk memandang akhirat dan menyakini ganjaran pahala dan pulangan yang dijanjikan oleh Allah sebagai galang -ganti pengorbanan mereka di atas dunia. Hal ini semacam panduan di dalam membuat apa-apa keputusan dan tindakan untuk kita lebih memandang kepada akhirat daripada keuntungan dunia.
Hal itulah yang menjadikan para sahabat nabi sanggup mengambil risiko mengikuti nabi berhijrah ke Madinah yang merupakan tempat yang asing bagi mereka dengan terpaksa meninggalkan kehidupan dan “comfort zone” mereka sekaligus menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang benar-benar teruji oleh peristiwa hijrah.
Allah swt berfirman yang bermaksud : “Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.” (Al-baqarah : 207)
Hijrah menjadi kayu ukur untuk menguji siapakan yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul dan siapakah pula yang tidak beriman dan hanya memeluk Islam dengan separuh hati dan tidak sanggup meninggalkan kehidupan bathil dan syiriknya yang sudah selesa atau meninggalkan kaum kerabat dan ahli keluarga serta harta bendanya.
Hanya mereka yang yakin dengan masa depan di tangan Islam sahajalah akan sanggup membuat pelaburan dan pertaruhan masa depan dan kehidupan mereka untuk dakwah dan perjuangan Islam.
Allah Maha cepat pembalasannya dan sangat segera serta Maha menepati janji.
Kesusahan yang kita hadapi di saat ini, ketahuilah bahawa ianya bukanlah penamat bagi segala-galanya. Masih ada ruang dan peluang untuk kita berubah dan berhijrah kepada kebaikan sekiranya itu yang kita mahukan.
Tidak penting bila kita bermula tetapi apa yang penting ialah bagaimana kita akan berakhir.
Salam Hijrah 1432


Adapun peristiwa lainnya yang juga memberi arti penting dalam hijrah Rasulullah SAW, yakni pengejaran yang dilakukan oleh Suraqah bin Malik bin Ja'syam. Ia bermaksud menangkap Rasulullah SAW dan Abu Bakar, lalu menyerahkannya kepada Quraisy karena tergiur dengan iming-iming yang diberikan bila dapat menangkap Rasul SAW.


Namun, belum sempat mendekati Rasul, kudanya terperosok dan ia pun terjungkal. Hal itu berulang-ulang terjadi hingga akhirnya ia memohon maaf dan mengaku terus terang perbuatannya untuk menangkap Rasulullah SAW karena tergoda oleh imbalan besar yang dijanjikan orang-orang kafir Quraisy. Rasul kemudian memaafkannya

Saturday, August 27, 2011

..::Doa para Nabi-nabi::..

salam ukhuwah fillah!!

............آدم :
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ـــــــــــــ
" ربنا إنا ظلمنا أنفسنا وان لم تغفر لنا وترحمنا لنكونن من الخاسرين " .
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ـــــــــــــ
.
.
نوح :
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ــــــ
" رب اغفر لي ولوالدي ولمن دخل بيتي مؤمناً وللمؤمنين والمؤمنات ولاتزد الظالمين الا تبارا " .
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ــــــ
.
.
هود :
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ــ
اني توكلت على الله ربي وربكم ما من دابة الا هو آخذ بناصيتها ان ربي على صراط مستقيم " .
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ــ
.
.
ابراهيم واسماعيل :
ــــــــــــــــــــــــــــــ
ــــــــــــــــــــــــــ
" ربنا تقبل منا انك أنت السميع العليم
وتب علينا انك أنت التواب الرحيم " .
ــــــــــــــــــــــــــــــ
ــــــــــــــــــــــــــ
.
.
يوسف :
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ــــــــ
" فاطر السموات والارض أنت وليي في الدنيا والآخرة توفني مسلما والحقني بالصالحين
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ــــــــ
" .
.
.
شعيب :
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ـ
" وسع ربنا كل شيء علما على الله توكلنا ربنا افتح بيننا وبين قومنا بالحق وأنت خير الفاتحين " .
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ـ
.
.
موسى :
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ــــــــــــــــــــــ
" رب بما أنعمت علي فلن أكون ظهير اللمجرمين
رب اشرح لي صدري ويسر لي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي "
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ــــــــــــــــــــــ
.
.
سليمان :
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ــــ
" رب أوزعني أن أشكر نعمتك التي أنعمت علي وعلى والدي وأن أعمل صالحا ترضاه وأدخلني برحمتك في عبادك الصالحين "
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ــــ
.
.
أيوب :
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ــــــــ
" رب إنى مسني الضر وانت ارحم الراحمين " .
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ــــــــ
.
.
ذا النون :
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ــــــــ
" لا اله الا أنت سبحانك اني كنت من الظالمين "
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ــــــــ
.
.
زكريا :
ــــــــــــــــــــــــــــــ
ـــــــــــــــــــــــــ
" رب لا تذرني فرداً وأنت خير الوارثين"
ــــــــــــــــــــــــــــــ
ـــــــــــــــــــــــــ
.
.
.
محمد صل الله عليه وسلم
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ــــ
1. "اللهم أنت ربى لا إله إلا أنت خلقتنى وانا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت أعوذ بك من شر ما صنعت أبوء لك بنعمتك على وأبوء بذنبى فاغفر لى فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت "

Monday, August 8, 2011

..::Rahsia Tidur::..

salam ukhuwah fillah!!Bismillahirrahmanirrahim…
Orang-orang tua kita dulu berpesan , sebelum tidur kebut dahulu tilam dengan sarung atau selimut. Peasanan ini sebenarnya daripada RasulullahSAW .  lebih seribu empat ratus tahun yang lalu, baginda berpesan : ,”Apabila salah seorang di antara kalian akan tidur, maka kebutlah tempat tidurnya dengan hujung kain sarungnya kerana sesungguhnya dia tidak tahu apa yang akan menimpanya”(SahihAl-Bukhari) Ketahuilah bahawa manusia terbahagi kepada tiga kategori pada waktu malam. Kategori pertama ialah mereka mendapat pahala,iaitu mereka menjadikan tidur sebagai satu ibadah. Kedua ialah mereka yang mendapat dosa iaitu mereka melakukan maksiat pada malam hari atau melakukan aktivis sia-sia hingga tidur lewat dan terluput waktu solat subuh. Kategori ketiga pula ialah mereka yang tidak mendapat pahala dan dosa, iaitu mereka menjadikan tidur ialah sekadar aktiviti kebiasaan..
Sekian, sekadar renungan sebelum tidur..~selamat beramal~

~5 wasiat Allah SWT kepada Rasulullah SAW~

salam ukhuwah fillah!!

Dari Nabi SAW, “pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah SWT telah memberikan lima wasiat, antaranya :
-janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
- jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepadaKU.
-bersungguh-sungguhlah engkau mencari Syurga.
-Putuskan harapan daripada makhluk  kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
-rajinlah mengerjakan solat tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiammullail.
Ibrahim bin Adham berkata, “ telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah SWT. Lalu mereka berkata, “kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
1-      Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2-      Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmah darinya.
3-      Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4-      Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
5-      Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
6-      Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah harapkan sangat kelulusan agamanya.
7-      Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah kamu harapkan sangat akan keredhaan Allah kepadanya.
 Sekadar perkongsian yang telah dibaca~~selamat beramal~

Saturday, August 6, 2011

..::Perkongsian Ramadhan::..

salam ukhuwah fillah!!

Bismillahirrahmaniirrahim….sudah hari yang ke-6 kita umat Islam menunaikan ibadah puasa..ku harap umat Islam masih kuat menunaikan rukun Islam ke-2 ini..Bulan Rahmat ini tidak bermakna jika tiada perubahan dalam diri kita..jadi ku membiarkan tinta berjalan menulis perkongsian dan sedikit tazkirah yang ku dapat dari ilmuwan dunia..insyaAllah untuk meningkatkan hati kita semua..
Tazkirah tentang Harapan Ramadhan di dalam program “Tanyalah Ustazah” di Tv9 kelmarin banyak member ilmu baru padaku mahupun yang sudah kuketahui mahupun tidak…Alhamdulillah hati semakin tenang…ustazah Norhafizah Musa yang mengelola program tersebut menyatakan..Muhasabah diri di bumi yakni sebelum tidur dapat mengurangkan hisab kita di akhirat , namun andai kurang kita memuhasabah diri di dunia..maka beratlah hisab kita di akhirat..nauzubillah sahabat-sahabat…apakah kita cukup besar atau cukup hebat sehingga tidak perlu kita memuhasabah diri sendiri??ku teringat akan seorang sahabatku…seorang yang hafiz tetapi tidak pernah memuhasabah diri nya sehingga hidupnya semakin sukar saat ini dan ramai musuh…maka..kita berdoalah agar dijauhkan dari sifat sombong seperti itu,,,selain itu kita juga digalakkan mendengar komen orang lain tentang diri kita agar kita dapat mengetahui kesalahan kita yang perlu kita muhasabah kembali..insyaallah Allah permudahkan orang-orang yang sentiasa muhasabah dirinya..juga ku titipkan doa untuk amalan semua…”rabbi najjini minnnal qaumiz zolomin..”doa agar kita dijauhkan dari musuh-musuh. Selain itu amalan doa “Allahumma la taj’alna minal mahrumi.” Doa agar Allah menjauhkan kita dari orang yang di haramkan…juga doa membuang sangka buruk pada manusia lain..”Amantu billahi warasulih” maafkan ku kerana tidak menulisnya didalam jawi.,keypad problem…ku harap perkongsian yang sedikit ini dapat member impak yang hebat untuk kita berubah…Allah tidak akan mengubah nasib manusia sehingga manusia itu sendiri mengubah nasib mereka…mereka yang rugi adalah mereka yang tidak memanfaatkan bulan ramadhan ini untuk bertaubaut..Allah membuka seluas-luasnya pintu taubat di bulan Ramadhan ini…maka mari kita bersihkan hati di bulan mulia ini,,mintalah pengampunan dariNya,,sekian...,ku juga menasihati diriku…~ selamat beramal~~~maka ambillah ikhtibar dari sgalanya…insyaallah….

Friday, August 5, 2011

..::Tinta Ramadhan::...



salam ukhuwah fillah!!Bismillahirrahmanirrahim…dengan nama Allah yang maha Agung menciptakan Ramadhan dan Syawal…ku memulakan tinta dengan syukur kehadrat illahi memberi waktu untuk kita umat islam menikmati hadiah dariNya yang amat berharga….dikala malam manusia sedang enak ketiduran,,ku masih menitipkan tinta untuk meluahkan segalanya..
Bulan ramadhan bulan bertuah..bulan ibadah bulan mujahadah bulan rahmat bulan maghfirah bulan alquran dan lailatul qadar…Ramdhan bulan yang paling penting bagi umat islam untuk berjihad menahan segalanya contoh..menahan diri dari makan dan minum..menahan diri dari nafsu..menahan diri dari kata yang sia-sia…bulan ramadhan ini sungguh bermakna kerana ianya satu bonus untuk umat islam mendapat pahala yang berganda dan menambah topup amalan mereka yang kian berkurang…hayya kullukum…kum minnan naum!!!!!!!!!! Marilah kita menambah topup amalan kita dengan beramal dibulan ramdhan ini…mudah dan senang untuk menopap kembali amalan dibulan ini…puasa penuh dengan menyerah diri pada Allah..berbuka pada waktunya..bersahur sebelum imsak..bertarawih di masjid berdekatan..meninggalkan keburukan dan mengupdate kebaikan..membaca Alquran..yakni bertadarus..berzikir dan bertasbih..dan banyak lagi amalan yang dapat mengembalikan amalan kita kepada Allah..cuba kita lihat…setiap amalan yang kita lakukan ketika di bulan rahmat ini…dapat mendisiplinkan kita..Allah maha mengetahui….Allah didik kita agar berdisiplin mengikut waktu..dan berdisiplin menunaikan perintah Allah….
Renungkanlah..andai ini adalah Ramadhan kita yang terakhir….apakah cukup amalan kita ketika di bulan ini…ku disini hanya perantaraan dari Allah menyampaikan perkongsian yang ada di dalam hati ini…sedikit perkongsian lagi..ku bahagia di bulan ramadhan ini kerana ku Berjaya meninggalkan perkara-perkara maksiat yang melalaikan hatiku selama ini..dan ku juga sudah berbaik dengan musuh-musuhku..dan sekarang sudah menjadi sahabatku..Aku bersyukur pada illahi memberi petunjuk ini padaku…Allahu Akbar!!...segala puji buatMu….semoga umat islam juga dapat melakukan lebih baik daripada apa yang telah ku lakukan saat ini..mari menambah amalan…….selamat beramal..~~~~~

Thursday, August 4, 2011

Marhaban ya Ramdhan kareem!

salam ukhuwah fillah!!

Marhaban Ya Ramadhan!
Terasa indah pada hari ini mampuku berdiri, menghadiahkan seribu kali kesyukuran, di bulan Syaa'ban yang mulia. Ini bermakna aku semakin menghampiri Ramadhan Al Mubarak yang ku tunggu-tunggu demi cintaku pada yang Esa. Ya, masih tinggal cuma beberapa hari lagi sebelum Ramadhan tiba. Namun, tatkala teringat bahawa ajal datang umpama kilat memanah bumi, malah lebih laju dan tepat detiknya, aku menjadi sayu.
Bagaimana andainya Ramadhan kali ini tidak dapat ku temui? Mungkinkah nyawaku ditarik sebelum sempatnya Ramadhan kembali? Segala persoalan ku tahu tidak akan terjawab namun, aku kembali memohon kepada Dia, Allah S.W.T, panjangkanlah usia hambamu ini, dan berikanlah kesempatan memenuhi Ramadhan-Mu lagi. Kerana Ramadhan dahulu aku telah mengecewakan Mu, Ya Allah. Kerana Ramadhan dahulu aku telah banyak mensia-siakan Ramadhan dengan kealpaan dan kemungkaran

..::CiNtA::..

salam ukhuwah fillah!!

Bismillahirhmanirrahim..dimulakan dengan nama Allah yang Agung..dititipkan bersama salam buat umat islam didunia..Assalammualaikum..dibulan mulia ini..ku pohon ribuan keampunan dari Allah setelah apa yang telah ku lakukan selama ini..tidak dilupakan juga salam ramadhan buat umat islam yang mengerjakan rukun islam yang lima ini…ku harap umat islam di dunia masih kuat iman mereka untuk melakukan ibadah ini.. setelah sekian lama menyepi kini ku kembali dengan hati yang ikhlas kepada Allah untuk melakukan ibadah ini serta membuat satu perkongsian lagi bersama umat islam..
Cinta..ianya sungguh manis apabila difikirkan dan dinikmati..tetapi dalam manis itu terselit satu rasa iaitu rasa pahit yang sukar ditelan oleh segelintir manusia didunia ini..Allah menciptakan  Nabi ADAM untuk HAWA..Allah menciptakan langit dan bumi..Allah menciptakan bulan dan bintang..Allah menciptakan siang dan malam..semua yang ada didunia ini Allah ciptakan berpasangan..sama seperti Allah menciptakan lelaki untuk perempuan.. bersyukur lah wahai manusia didunia kerana dapat menikmati ciptaan Allah tanpa bayaran…sama seperti cinta..tetapi  manusia menggadaikan maruah untuk cinta…ini lah bayaran untuk cinta bagi mereka yang sempit fikirannya atau telah dipengaruhi oleh kekasih mereka..kenapa ini harus terjadi?? Dunia semakin dekat dengan Kiamat..tetapi manusia semakin leka…ku teringat kata-kata seseorang padaku...”don’t  judge book by its cover” perumpaan yang amat member makna padaku dan manusia lain jikalau mereka mendalaminya..seorang yang tahfiz juga boleh melakukan zina jika imannya tidak sekuat Umar Al-khatab…tetapi seorang yang rempit boleh menjadi ustaz jika imannya kuat!.....sekadar perkongsian tidak berkaitan dengan sesiapapun..maka disini ku dapat kesimpulan daripada kata-kata itu….renungkanlah~~~
Cinta amat sukar diluahkan andai seseorang itu amat menghargai cinta dan wanita..tetapi sebaliknya pula…cinta mudah diluahkan dan diperdagangkan pada semua  orang bagi seseorang yang tidak langsung menghargai cinta dan wanita…disini juga ku teringat akan pengalamanku sendiri…pengalaman cinta pertama…ku fikir inilah cinta terakhirku..tetapi tidak. Permulaan cinta amat indah..ayatnya tersusun rapi..membuat hati ini cair dengan kata-katanya..tetapi setelah dia Berjaya menawan hatiku..dia menaburkan janji-janji yang membuatkan hatiku bahagia memikirkannya…dan setelah dia jauh dariku dia mencari mangsa barunya disana..dan ku ketahui segalanya dengan pertolongan Allah..dan ku bertanya padanya tentang kebenarannya..malah dia mendiamkan diri sedang aku bagai meroyan mencarinya..maka dikatanya pula aku selalu menganggunya sehingga melibatkan ibubapa kami…maka inilah pengakhiran cinta kami….terlalu sakit untukku telan pahit ini..sudah berkali..bukan sekali…inilah ketentuan Allah yang harus ku terima…~~
Cinta banyak menipu diri…cinta menbinasakan diri…wahai manusia di dunia..ku seru pada semua..hati-hati dengan cinta yang datang nya dari nafsu syaitan….tetapi hargai cinta datang dari Allah…mudah dan senang untuk kita nilai cinta datang dari Allah…iaitu ketika peminangannya kepada kita…tanpa cinta tanpa maksiat…itulah cinta idamanku~~~~~~sekian sekadar perkongsian buat semua..salam satu ramadhan..agar semua dapat meng”update” hati masing-masing di bulan mulia ini…

Wednesday, June 15, 2011

Bercerminlah Pada Cermin Sejati

salam ukhuwah fillah!!
Ayyuhal ikhwah,
Tentu hampir kita semua pernah bercermin. Ketika hendak berangkat kerja, bersiap-siap pergi ke kampus, atau sekedar menyisir rambut dan merapihkan jilbab, kita tidak lupa untuk menyempatkan diri bercermin. Bahkan tidak sedikit dari kita yang dengan setia membawa cermin kecil dalam setiap aktivitas yang kita jalankan.
Tapi sadarkah kita bahwa walaupun cermin memantulkan bayangan yang sesuai dengan apa yang ada, namun tetap saja ia bersifat subyektif. Karena apa ? Karena kesimpulan akhir yang terungkap dari bayangan di cermin tentu saja dikeluarkan oleh orang yang bercermin. Ketampanan, kecantikan, dan bayangan seindah apapun yang terpantul dari cermin tentang diri kita tetap saja merupakan sesuatu yang tidak obyektif. Lantas, siapakah cermin sejati itu ? Jawabnya adalah orang lain.
Ikhwah fillah yang berbahagia,
Inilah sebuah kenyataan yang harus kita terima bahwa orang lainlah tempat terbaik untuk menilai diri kita. Penilaian yang diberikan orang lain mengenai diri kita akan lebih obyektif karena bagaimanapun orang lain relatif terbebas dari nilai-nilai ego yang begitu kuat mencengkram diri kita. Namun keobyektifan yang dihasilkan dari hasil bercermin kepada orang lain bukanlah sesuatu yang dapat kita peroleh secara gratis. Obyektifitas yang dihasilkan ternyata harus dibayar mahal dengan kerelaan kita untuk menerima penilaian bukan hanya yang bervalensi (bernilai) positif namun juga yang bervalensi negatif. Dikatakan mahal, karena memang sangat jarang manusia yang mampu berlapang dada mengakui kekurangan (valensi negatif) dalam dirinya. Manusia akan merasa terhina ketika kelemahannya diberitahukan kepada dirinya. Dan akan merasa bahagia ketika hal yang sebaliknya dilakukan.
Ikhwah fillah rahimakumullah,
Secara jujur harus kita katakan bahwa banyak dari kita yang belum mampu berlapang dada untuk menerima berita kelemahan mengenai diri kita yang biasanya diberikan dalam bentuk kritikan. Kita cenderung hanya bisa menerima bayangan yang memantulkan sosok diri kita yang sempurna tiada cacat sedikitpun. Padahal bisa jadi inilah rahasia mengapa Allah menyuruh kita untuk saling bertaushiyah, yaitu menyampaikan kritikan antara sesama kita dan bersamaan dengan itu berlapang dada untuk menerimanya. Dan memang seperti itulah seharusnya manusia yang baik. Bahkan kepiawaian seseorang dalam mengelola refleksi diri berupa kritik, akan mengantarkan orang tersebut menjadi pemimpin yang semakin hari semakin memiliki kualitas diri. Hal ini tanpa disadari terjadi karena pada hakikatnya kelapangan dada untuk menerima kritik adalah paralel dengan usaha melakukan perbaikan dan peningkatan kualitas diri.
Oleh sebab itu ikhwah fillah yang berbahagia,
Budaya bercermin pada cermin sejati inilah yang seharusnya kita kembangkan dalam diri kita. Karena selain sebagai sarana untuk melatih diri agar obyektif terhadap diri sendiri, juga sarana pengingat bahwa kita ---hamba Allah--- adalah makhluk yang lemah dan jauh dari kesempurnaan. Wallahu a'lam bishowab (BW)


Monday, May 30, 2011

..::RATUKU::..

Ratuku…
Inginku luahkan apa yang sudah lama inginku luahkan…Tentang kebimbanganku ini tatkala melihat bunga-bunga berguguran dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu sarakah…
Ratuku…
Kebimbanganku ini masih menebal pabila ku  dengar dengungan kumbang perosak yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu..
Ratuku..
Kebimbanganku ini bertambah lagi bila ku melihat bunga yang tanpa segan silu melampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar  melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya..
Ratuku…
Aku masih terpinga-pinga..masih wujudkah ratu idaman hatiku..kerana apa yang ku lihat semakin banyak bunga-bunga berguguran bagaikan tibanya musim luruh..
Ratuku…
Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hawa yang berlari-lari antara safa dan marwah……..bukan juga seperti Ainul Mardhiyah menanti kekasih dipintu Syurga…
Ratuku….
Akuilah hakikat yang tersurat engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah…engkau bukan Aisyah bukan juga Rabiatul Adawiyah wanita suci terpuji…kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga-bunga itu…kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga…Jangan kau risau kadangkala musim berganti sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar tapi itu hanya ujian buatmu…
Ratuku…
Esok musim bunga pasti akan tiba dank au akan mampu berkembang lagi..macam yang ku harapkan ketika itu..kau jaga kelopakmu itu jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi….Jangan goda kumbang ganas menghirup madumu…Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu kerana kau ratu idaman kalbu..
Ratuku..
Aku bukanlah memandang kecantikanmuwalaupun kadangkala aku tertarik memandangmu…tapi bukanlah itu yang kuharapkan..aku yakin ratuku masih ada sinar harapanyang bias membuatku tersenyum duka kerana akan ku temui ratu yang bernama RATUKU….
~~original min muslim ila permatahati…~~khairul anam hazmizan hasli kepada Anis Zafirah zali~ 30may2011: 1.58pm.monday

...:::Kenali Diriku::...

My Photo
BiNTuN ZaLi
Kuala Kubu Bharu, selangor, Malaysia
Dilahirkan pd 25 ogos 1991 bersamaan 7 safar 1412
View my complete profile