salam ukhuwah fillah!!
Aku tidak layak…
Aku sememangnya tidak layak utk sesiapa pun….hati aku berhak
mencintai seseorang…menyayangi seseorang..tapi….hati aku tidak berhak memiliki
orang yang aku cintai dan yang aku sayangi..aku juga tidak pasti dimana
salahku…aku pun tidak sedar kenapa aku memilih jalan ini sebelum ini..apakah
rencana Allah menentukan segala ini….
Kenapa aku diberi perasaan ini??…ya..ak bersyukur dapat
merasa perasaan yang sebelum ini aku idamkan..tapi..kenapa apa yang aku ingin
rasa ini tidak kekal…..kenapa jatuhnya hati aku kepada seorang lelaki yang
entah benar jodohku ataupun tidak…aku sakit menahan segala rasa….aku lelah
menempuhi hidup seorang diri lagi…aku tak mampu..andai aku mampu, mungkin
segalanya akan berubah..tidak akan ada semanis sebelumnya….kenapa aku masih
menunggu….sedangkan aku sudah ketahui jawapannya??ya…aku menunggu untuk hatiku
kuat menerima semua ketentuan takdir…
Perasaan cinta ini unik…bukan aku yang mencipta perasaan ini
dalam diriku untuk dia….Allah yang mencipta perasaan ini…aku tidak mampu
menolak…kpdMu, ya Allah…kau ambillah kembali perasaan indah ini andai benar dia
bukan milikku yang hakiki…perasaan ini buat aku tidak menentu….aku buntu
memikirkan perasaan ini…mungkin pelbagai cara telah Allah tunjukkan..tapi
mungkin aku masih menunggu jawapan si dia…dan mungkin kami tidak akan mencapai
impian itu kerana tentangan dari keluarga kami sendiri..aku akan sentiasa
persiapkan hatiku untuk menerima berita yang bakal member tamparan hebat pada
diriku nanti….dan aku tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan aku pada masa
itu..marah?atau sedih? Atau kecewa?atau gembira?atau suka?..perasaan yang mana
satu akan mendahului perasaan sekarang??
Aku tidak berapa pasti adakah segelintir umat didunia ini
senasib denganku…adakah aku perlu terus menunggu atau aku terus berusaha
menambat hati mereka…?persoalan yang tiada jawapan selama ini…terlalu perit
untukku telan…terlalu manis untuk ku hirup sekarang ini…perasaan aku terlalu
berharap sesuatu yang indah…sebahagian perasaanku lagi..bersedia untuk terima kenyataan…tapi….sejujurnya
aku sentiasa bahagia mendengar suaranya..aku sentiasa gembira menerima SMS
darinya…dan aku juga merasa tenang ketika berhadapan dengannya…tidak ada
sedikit rasa risau walaupun pada masa itu aku juga dalam masalahku sendiri…..mungkin
semua merasa perkara yang sama ku rasakan…indah kan perasaan itu..andailah
perasaan itu halal…kan lebih indah??.....
Ibubapa kami tidak seperti ibubapa yang lain..membenarkan
anaknya bernikah pada awal usia ini..di waktu masih belajar..mungkin mereka ada
pandangan masing-masing..tetapi kami bukanlah anak-anak kecil yang hanya boleh
mendengar….dan tidak boleh memberi pendapat dan beritahu perasaan sebenar
kami…tapi kami pun tak mampu beritahu perkara sebenarnya kerana kami sayangkan
keluarga kami juga..tapi andai tahap kami ditahap wajib..adakah ibubapa pun
berkeras tidak membenarkan??mungkin ada hikmah sebaliknya….mungkin aku perlu
cuba kuat lagi….sekarang aku mungkin tidak cukup kuat untuk semua ini….dan
mungkin aku bukan perlu cuba kuat lagi..tapi aku perlu cuba kuat lagi untuk
terima jawapan darinya….perlu bersiap sedia…
Positive + positive =negative..
Ini yang aku harungi….mungkin aku ini seorang yang sentiasa
berfikir bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah…dan bukan memikirkan
kekalahan..dan disebabkan ini aku sendiri kecundang…aku sendiri yang
sakit,,,aku sendiri merasa semua ini….tidak siapa bisa memujukku..walaupun
ibubapa di depan mataku..aku tetap menanggungnya seorang diri..sehingga aku
mendapat kembali apa yang aku mahu…Alhamdulillah I got it last
year…tetapi..dari hari ke hari…semakin banyak rintangan dan ujian utkku dan
dia…terlalu perit..dan ada juga aku tidak mampu menelannya…dan aku berpura-pura
menelannya….kadang-kadang aku terlalu
lemah…dan aku perlukan orang yang kuat utk beri semangat padaku..kadang-kadang
aku perlu kuat dan aku berikan semangat pada orang yang lemah…itulah khidupan
aku dan dia…..walaupun kami tidak berjumpa utk jangka masa yang amat panjang….sangat
menguji perasaanku sendiri…aku sedaya upaya mencuba apa yang orang lain tak
berani cuba…mungkin ini satu keburukanku…melakukan sesuatu tanpa
berfikir..tetapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar…kerana aku yakin
dengan Allah..walaupn saat itu aku terfikir-fikir kata-kata ibubapaku…tapi aku
lakukan juga untuk menenangkan hatiku sendiri yang mereka sendiri tidak tahu
apa yang ada dalam hatiku..maaf mak abah…aku telah langgar perintahmu…tapi aku
tetap pandai membawa diri.aku yakin Allah sentiasa menjagaku walau dimanapun
aku berada….
Untung…
Beruntung mereka yang beruntung….aku amat cemburu melihat
mereka yang beruntung mendapat apa yang mereka inginkan….mungkin mereka dipilih
Allah untuk terima semuanya..tapi aku tidak mendapat apa yang aku mahu…aku
terkadang terfikir..adakah aku tidak layak menerima seperti mana mereka semua
dapat menerima??Allah maha Agung..Allah maha Penyayang….Allah maha mendengar
segala rintihan hatiku…aku tidak boleh hidup tnpa Allah…Allah menbantu aku
selama ini…Allah menyelamatkan aku dari segala keburukan…syukran ya Allah….
Aku kehilangan..
Aku sudah mengharungi pelbagai kehilangan..dan aku tidak
pernah merungut dengan kehilangan semua itu..kerana aku ada dia….aku tidak
sedih atas kehilangan yang berlaku dalam hidupku….mungkin itu terbaik
utkku,,tapi kenapa aku tidak sanggup kehilangan dia…..knp dia terlalu dekat
dihatiku…walaupun sebenarnya kami sangat jauh….dan tidak ada harapan atas
hubungan ini….tetapi di sudut hatiku terlalu yakin dan bahagia…..tetapi di
sudut akal ku aku terlalu takut terima kesedihan lagi….
Aku memahami kedudukannya…aku sangat faham keadaannya…aku
cuba memberi pendapat untuk menyelesaikan masalahnnya..tetapi segalanya bagai
daun-daun yang dibawa terbang oleh angin….aku tidak mampu menolongnya..aku
tidak mampu mengubah kehidupannya…walaupun aku terasa mampu melakukannya…
kecuali dia sendiri dapat mengubahnya....tapi aku sentiasa berdoa agar dirinya
sentiasa kuat untuk bersuara dan memberi pendapatnya dan dapat memberitahu
tetang hatinya sendiri..insyaallah..
Aku sentiasa terbayang..andai orang yang aku cintai dan aku
sayangi bernikah dengan orang lain..apakah aku gembira untuknya?ya..mungkin aku
gembira kerana dia dapat bernikah…dan mungkin aku juga perlu berpura-pura
gembira utk dia melihat aku gembira juga…tetapi janji aku tetap sama….aku tetap
sentiasa mencintainya sampai akhir hayatku..aku akan tetap sentiasa menunggunya
andai dia perlukan aku untuk meluahkan masalahnya…dan saat itu aku perlu
belajar bersendirian…aku perlu membentuk diriku sendiri….membentuk utk menjadi
muslimah yang diredhai Allah…dan bukan utk menarik perhatian muslimin yang
lain..kerana aku tidak mahu hatiku kembali bercinta…
Siapa kata aku tidak mahu hidup bahagia??..aku sentiasa berharap
agar suatu hari aku dapat hidup bersamanya…bernikah dengannya..menjadi halal
satu sama lain..melahirkan zuriat yang soleh solehah…dan aku berharap dapat
menjadi umi yang diredhai Allah….mungkin aku juga pernah berangan untuk hidup
di dalam rumah yang indah dihiasi dengan anak-anak soleh..suami yang baik…semuanya
aku angankan untuk hidup bersamanya…..mungkin ini hanya untuk menenangkan
hatiku…
Walaupn aku dihina..aku dicaci….aku tetap dengan perasaanku…tidak
pernah sedikitpun berubah….aku bukanlah manusia yang membomohkan orang lain
untuk membalas cintaku….aku tidak pernah lakukannya…aku ada Allah..aku hanya
mampu berdoa…aku sedar kedudukanku dimana….aku sememangnya tidak layak…
0 comments:
Post a Comment