topbella

..::sAmBuTLaH sALaMkU::...

Friday, February 14, 2014

salam ukhuwah fillah!!
bismillahirrahmanirrahim...sudah sekian lama saya tidak meng"update" di blog ini...alhmdulillah smoga sihat smuanya...disini saya ingin berkongsi bersama pembaca satu cerpen tentang seorang Ayah, story from Muhammad Rusydi...

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebook.

Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

"Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni. 

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu. 

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak...

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu. 

Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini. 

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman. 

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya."

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya.

Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya.

Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

cerita oleh: 
Muhammad Rusydi

semoga Antum wa antunna smua dapat manfaat dari cerpen ini....salam dr saya...sebarkan salam,luaskan persaudaraanmu...

Saturday, June 1, 2013

...::SURAT TERBUKA UTK KAUM HAWA ( DR KAUM ADAM )!!!::..

salam ukhuwah fillah!


duhai muslimah,
kami kaum adam.
menulis surat ini kepada kamu.
... sebagai tanda kami merayu.
sebagai tanda kami benar2 ingin kamu,
kasihani kami..

duhai muslimah.
kasihanilah kami..
jangan biarkan iman kami yang nipis ini
tergadai.

duhai muslimah,
tolong jangan pakai pakaian yang nipis dan ketat,
yang bila kami melihatnya.
mengghairahkan nafsu kami.
lantas merosakkan iman kami

duhai muslimah,
kami rayu padamu,
tolong jangan pakai wangian yang keterlaluan,
kerana wangian itu peledak nafsu.
kamu yang bukan halal bagi kami,
menjadi dosa besar bagi kami apabila terangsang memirkan bau mu itu,
bukan kami yang sengaja,
kerana kami diciptakan tuhan untuk menghidu,
untuk terus hidup.
kami x mampu untuk tidak bernafas..

duhai muslimah,
tolong jaga keindahan suaramu,
jangan pernah kamu biasakan diri ,
menggunakan suara manja mu untuk bercakap dgn kami.
sesungguh Allah ciptakan telinga itu berinteraksi dengal akal serta nafsu
kami bimbang suara indah mu itu terjerumus ke dalam lubang nafsu kami
sesungguhnya kami tidak mampu menyekat pendengaran kami setiap masa.
ingatlah,bertegas dgn yang haram dengan mu,
kerana suaramu diciptakan indah untuk melayan suamimu,bukan kami

duhai muslimah,
tutup auratmu dengan betol,
sesungguhnya seorang muslimah itu salah satu simbol kepade keindahan islam
tidak ade bezanya kalau tudungmu itu tersangat nipis,
ataupun lengan serta betis kamu terdedah,
kerana Allah akan sangat membenci kamu…
muslimah,
jangan kau uji keimanan kami dengan keindahan mu.
kerana kami bimbang,
jikalau iman kami hilang ketika memandangmu.
kami ini pendosa
kami ini bukan maksum
kami ini bukan para sahabat.
kami ini bukan para nabi,
kami bukan malaikat,

KAMI ADALAH PENDOSA YANG SENTIASA BERUSAHA MENJAGA IMAN KAMI
maka dengan itu,
kami rayu padamu
bantu kami untuk jaga iman kami.
bantu kami untuk taat serta setia pada Allah
bantu kami jadi abang,adik,suami dan ayah yang baik..

copypaste from PERINDU SYURGA~
-gambar hiasan sahaja-

Wednesday, May 29, 2013

..::DataNgNya Dari ALLAH::..

Bismillahirrahmanirrahim...salam ukhuwah islamiah.
Indahnya dunia ciptaan Allah...sungguh indah angin pagi meniup wajahku..pokok-pokok menghijau dipagi hari..gunung-gunung indah dihiasi dengan kabus pagi...subhannallah..mereka semua berzikir kepada Allah..burung-burung tidak ketinggalan berkicauan mencari rezeki..semua hidupan didunia ini ciptaan Allah yang Esa..termasuk hati manusia....subhanallah indah sungguh ciptaan Allah kepada setiap hidupan ..
HATI...Allah ciptakan HATI untuk MANUSIA berbeza dengan ciptaan untuk HAIWAN kerana manusia di anugerahkan AKAL untuk berfikir berbeda dengan haiwan. Mereka tidak punya akal untuk berfikir tapi mereka masih ada hati. tetapi..hati manusia lebih cantik Allah anugerahkan...Allah masukkan rasa CINTA, RINDU, SEDIH, GEMBIRA dan sebagainya untuk manusia dan manusia dapat meng"express" kan perasaan mereka..hebatnya ciptaan Allah tetapi kenapa masih ada lagi yang tidak menyedari hal ini...
MuHASABAh kembali wahai manusia...
Aku juga tidak ketinggalan dengan perasaan yang Allah ciptakan ini. YA Allah..aku tidak menyedari perasaan ini sendiri aku tidak sengaja meng"ada" kan perasaan ini...ini semua luar jangkaanku..namun aku tetap bersyukur dapat merasa segala rasa..pahit manis kehidupan sedikit banyak dapat memberi  aku pengalaman kehidupan untuk menjadi insan yang lebih berguna suatu hari nanti..
RINDU....perasaan ini semakin dekat denganku....semakin hari aku semakin sakit dengan perasaanku sendiri...aku merindukan seseorang yang aku sendiri tidak tahu apa kesudahannya..tetapi aku sering terfikir..kenapa aku berperasaan sebegitu..dan jawapannya..ALLAH ciptakan...subhanallah..aku tidak tahu jalannya,,,aku tidak tahu bagaimana...aku bermohon agar dijauhkan perasaan CINTA pada manusia andai ianya tidak bermakna untukku..tapi............perancangan Allah tiada siapa duga.....aku bersangka baik pada Allah,,mungkin ada sesuatu di sebaliknya..andai tidak aku redha..andai ada permudahkanlah...ya..aku rindukannya walaupun dia pergi hanya untuk seketika bertemu Allah...tapi fikiranku sentiasa kepadanya..penatnya menahan perasaan yang tiada kesudahan...ya ALLAh...andai benar dia untukku dekatkan hatiku dengan hatinya...andai tidak,,kuatkan aku menerima ujianMu ya Allah...jagalah dia walaupun dia berada di mekah...bahagiakan dia ya Allah..sampaikan salamku kepada nya...aku setia menunggunya..jauhkan kami dari dugaan syaitan durjanaMu ya Allah ...kuatkan kami.....aku menunggu berita gembiranya darinya... 
AIRMATAku tidak pernah kering bila berhadap denganMu..hebatnya ciptaanMu ini...airmata yang tiada seorang pun mengetahui punca dari mana airmata mengalir...sungguh!..apabila hatiku sakit, terguris,rindu airmata yang mengalir..tetapi asalnya didalam hati yang terluka...tetapi kenapa tiada darah yang mengalir..tetapi airmata yang mengalir dari MATA..subhanaallah saat menulis ini juga airmata seakan ingin menuruni pipiku...
GEMBIRA...perasaan yang bahagia.....datangnya juga dari Allah...gembira tidak boleh dilakonkan..gembira ini juga dari Hati....aku gembira bersama sahabatku..walaupn aku sedih aku dapat menahan perasaan sedih apabila Allah datangkan gembira padaku....
ASASnya adalah HATI.....tetapi ada juga perkara yang bukan datangnya dari hati...tetapi NAFSU menguasai diri ianya datangnya dari syaitan...mari beristghfar agar hati kita dijauhkan dari nafsu yang tidak memberi manfaat pada kita..namun berdoalah agar datangkan perasaan yang diciptakan oleh ALLAH..pemilik dunia ini.
Ya Allah aku bermohon padamu...datangkan perkara baik padaku..jauhkan perkara jahat....datangkan cinta yang mulia....jauhkan benci yg jahat...dekatkan aku andai ianya jauh...datangkan rezeki yang baik jauhkan rzeki yang buruk..datangkan kejayaan didunia dan akhirat utkku dan keluargaku dan keluarganya...satukan hati kami semua
.~
Muhasabah juga untuk diriku kerana telingaku lebih dekat dari orang lain~
cc:M.K.A.Z@Abdullah Zaidan:-)

Thursday, December 6, 2012

~ KeHiDuPaN~


salam ukhuwah fillah!!
kehidupan...ibarat roda yang berputar-putar mencari denstinasi....
langit pula tidak sentiasa cerah,,dan tidak selalu mendung....
sama la seperti kehidupan kita....kadang kita rasa gembira dan terkadang kita rasa sedih...
setiap hari aku merasa hidup aku tidak diperlukan..aku tidak sama kehidupan dengan orang lain...dan tidak akan ada sesiapa yang akan memahami keadaan dalamanku...hanya Allah mengetahuinya..tapi aku terkadang terasa diri aku terlalu keseorangan bagaikan aku berada di dalam hutan yang disitu tiada sesiapa yang ada.hnya ada Allah...manusia...tidak akan bahgia andai tiada teman disisi...aku akui..aku masih ada sahabat dan kawan dan teman yang sentiasa ada ketika aku perlukan..tapi aku msih merasa kehilangan seseorang..aku terkdang merasa hati aku kosong...ya aku sentiasa meminta kepada Allah...setiap minit...tapi aku masih merasa kehilangan..dan aku sendiri terasa kesakitan itu,,,sungguh!!...aku tidak pernah rasa sakit seperti itu..
ramai rakan-rakan kelas ku yang sudah bernikah..gembira melihat kehidupan mereka yang bahagia,,,tapi aku tidak......sama sekali tidak...dan perkara itu juga tidak mungkin berlaku...terkadang aku tetanya salahkah aku ingin mencintai seseorang..salahkah aku berniat utk bernikah dengannya?ya mungkin salah..dan mungkin aku tidak layak...kehidupan yang penuh ujian..aku masih sabar tatkala ujian kehidupanku bertimpa-timpa...aku msih percayakan takdir Allah...aku masih ada Allah yang sentiasa membantu aku...
aku tahu jodohku bukan dengannya..dan terkadang aku sengaja buat dia marah pada ku agar dia tinggalkan ku,..tapi selepas setengah jam..hati aku rasa serba salah melakukannya..dan aku tidak sanggup kehilangannya...tapi suara-suara itu sentiasa terngiang-ngiang di telingaku...sungguh!!! itu menyebabkan aku terasa makin tidak layak utk sesiapa...dan dengan itu aku mengambil tindakan seperti itu...tapi demi Allah aku tidak sanggup...maafkan aku wahai suara-suara itu..aku bukan tidak mahu melepaskannya tetapi aku tidak sanggup...aku sudah berdoa agar Allah mengambil nyawaku agar suara-suara itu tidak kembali bertandang di telingaku...siapa yang tidak sakit andai suara-suara itu merendahkan kamu..tapi aku masih sabar kerana aku tahu suara-suara itu bukan tuhan utk mengubah hati manusia...maafkan aku wahai suara..aku tahu aku layak dimaki aku layak dihina atas kesilapan aku sendiri.aku redha andai suara-suara itu mahu mngambil nyawaku sendiri…
terlalu banyak aku melukakan hati orang..terlalu ramai meminta tolong….sungguh!! sudah tidak patut aku meminta lebih..andai lah kehidupan terhenti disini..mungkin mereka dan suara-suara itu akan lebih bahagia dan mudah urusan mereka…
aku bukan manusia yang kuat.terkadang aku perlukan seseorang untuk meredakan ku..aku sudah cuba mencari seseorang itu..tapi ianya semakin jauh…semakin jauh….aku sedar akan diriku…aku bukanlah manusia yang patut dihormati..aku bukanlah manusia yang harus di sanjungi….aku hnya insan yang lemah..aku tidak pandai menguruskan hati aku sendiri..aku juga tidak tahu…
andai perkara yang berlaku padaku berlaku pada orang lain..mungkin mereka tidak akan berpaling lagi..namun aku bukan seperti mereka..aku senantiasa berpaling dan senantiasa member peluang kepada masa yang lepas..agar aku tidak tercicir sesuatu..dan dari situ aku boleh membentuk kembali peribadiku..tetapi terkadang masa lalu itu kembali berlaku..dan aku menjadi fobia..dan peribadiku kembali seperti yang lalu..dan suara-suara itu lah yang kembali…ya Allah permudahkan urusan ku…aku masih sayang kepada semua~….

Saturday, November 17, 2012

..:Aku Tidak Layak:..

salam ukhuwah fillah!!

Aku tidak layak…
Aku sememangnya tidak layak utk sesiapa pun….hati aku berhak mencintai seseorang…menyayangi seseorang..tapi….hati aku tidak berhak memiliki orang yang aku cintai dan yang aku sayangi..aku juga tidak pasti dimana salahku…aku pun tidak sedar kenapa aku memilih jalan ini sebelum ini..apakah rencana Allah menentukan segala ini….
Kenapa aku diberi perasaan ini??…ya..ak bersyukur dapat merasa perasaan yang sebelum ini aku idamkan..tapi..kenapa apa yang aku ingin rasa ini tidak kekal…..kenapa jatuhnya hati aku kepada seorang lelaki yang entah benar jodohku ataupun tidak…aku sakit menahan segala rasa….aku lelah menempuhi hidup seorang diri lagi…aku tak mampu..andai aku mampu, mungkin segalanya akan berubah..tidak akan ada semanis sebelumnya….kenapa aku masih menunggu….sedangkan aku sudah ketahui jawapannya??ya…aku menunggu untuk hatiku kuat menerima semua ketentuan takdir…
Perasaan cinta ini unik…bukan aku yang mencipta perasaan ini dalam diriku untuk dia….Allah yang mencipta perasaan ini…aku tidak mampu menolak…kpdMu, ya Allah…kau ambillah kembali perasaan indah ini andai benar dia bukan milikku yang hakiki…perasaan ini buat aku tidak menentu….aku buntu memikirkan perasaan ini…mungkin pelbagai cara telah Allah tunjukkan..tapi mungkin aku masih menunggu jawapan si dia…dan mungkin kami tidak akan mencapai impian itu kerana tentangan dari keluarga kami sendiri..aku akan sentiasa persiapkan hatiku untuk menerima berita yang bakal member tamparan hebat pada diriku nanti….dan aku tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan aku pada masa itu..marah?atau sedih? Atau kecewa?atau gembira?atau suka?..perasaan yang mana satu akan mendahului perasaan sekarang??
Aku tidak berapa pasti adakah segelintir umat didunia ini senasib denganku…adakah aku perlu terus menunggu atau aku terus berusaha menambat hati mereka…?persoalan yang tiada jawapan selama ini…terlalu perit untukku telan…terlalu manis untuk ku hirup sekarang ini…perasaan aku terlalu berharap sesuatu yang indah…sebahagian perasaanku lagi..bersedia untuk terima kenyataan…tapi….sejujurnya aku sentiasa bahagia mendengar suaranya..aku sentiasa gembira menerima SMS darinya…dan aku juga merasa tenang ketika berhadapan dengannya…tidak ada sedikit rasa risau walaupun pada masa itu aku juga dalam masalahku sendiri…..mungkin semua merasa perkara yang sama ku rasakan…indah kan perasaan itu..andailah perasaan itu halal…kan lebih indah??.....
Ibubapa kami tidak seperti ibubapa yang lain..membenarkan anaknya bernikah pada awal usia ini..di waktu masih belajar..mungkin mereka ada pandangan masing-masing..tetapi kami bukanlah anak-anak kecil yang hanya boleh mendengar….dan tidak boleh memberi pendapat dan beritahu perasaan sebenar kami…tapi kami pun tak mampu beritahu perkara sebenarnya kerana kami sayangkan keluarga kami juga..tapi andai tahap kami ditahap wajib..adakah ibubapa pun berkeras tidak membenarkan??mungkin ada hikmah sebaliknya….mungkin aku perlu cuba kuat lagi….sekarang aku mungkin tidak cukup kuat untuk semua ini….dan mungkin aku bukan perlu cuba kuat lagi..tapi aku perlu cuba kuat lagi untuk terima jawapan darinya….perlu bersiap sedia…
Positive + positive =negative..
Ini yang aku harungi….mungkin aku ini seorang yang sentiasa berfikir bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah…dan bukan memikirkan kekalahan..dan disebabkan ini aku sendiri kecundang…aku sendiri yang sakit,,,aku sendiri merasa semua ini….tidak siapa bisa memujukku..walaupun ibubapa di depan mataku..aku tetap menanggungnya seorang diri..sehingga aku mendapat kembali apa yang aku mahu…Alhamdulillah I got it last year…tetapi..dari hari ke hari…semakin banyak rintangan dan ujian utkku dan dia…terlalu perit..dan ada juga aku tidak mampu menelannya…dan aku berpura-pura menelannya….kadang-kadang aku  terlalu lemah…dan aku perlukan orang yang kuat utk beri semangat padaku..kadang-kadang aku perlu kuat dan aku berikan semangat pada orang yang lemah…itulah khidupan aku dan dia…..walaupun kami tidak berjumpa utk jangka masa yang amat panjang….sangat menguji perasaanku sendiri…aku sedaya upaya mencuba apa yang orang lain tak berani cuba…mungkin ini satu keburukanku…melakukan sesuatu tanpa berfikir..tetapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar…kerana aku yakin dengan Allah..walaupn saat itu aku terfikir-fikir kata-kata ibubapaku…tapi aku lakukan juga untuk menenangkan hatiku sendiri yang mereka sendiri tidak tahu apa yang ada dalam hatiku..maaf mak abah…aku telah langgar perintahmu…tapi aku tetap pandai membawa diri.aku yakin Allah sentiasa menjagaku walau dimanapun aku berada….
Untung…
Beruntung mereka yang beruntung….aku amat cemburu melihat mereka yang beruntung mendapat apa yang mereka inginkan….mungkin mereka dipilih Allah untuk terima semuanya..tapi aku tidak mendapat apa yang aku mahu…aku terkadang terfikir..adakah aku tidak layak menerima seperti mana mereka semua dapat menerima??Allah maha Agung..Allah maha Penyayang….Allah maha mendengar segala rintihan hatiku…aku tidak boleh hidup tnpa Allah…Allah menbantu aku selama ini…Allah menyelamatkan aku dari segala keburukan…syukran ya Allah….
Aku kehilangan..
Aku sudah mengharungi pelbagai kehilangan..dan aku tidak pernah merungut dengan kehilangan semua itu..kerana aku ada dia….aku tidak sedih atas kehilangan yang berlaku dalam hidupku….mungkin itu terbaik utkku,,tapi kenapa aku tidak sanggup kehilangan dia…..knp dia terlalu dekat dihatiku…walaupun sebenarnya kami sangat jauh….dan tidak ada harapan atas hubungan ini….tetapi di sudut hatiku terlalu yakin dan bahagia…..tetapi di sudut akal ku aku terlalu takut terima kesedihan lagi….
Aku memahami kedudukannya…aku sangat faham keadaannya…aku cuba memberi pendapat untuk menyelesaikan masalahnnya..tetapi segalanya bagai daun-daun yang dibawa terbang oleh angin….aku tidak mampu menolongnya..aku tidak mampu mengubah kehidupannya…walaupun aku terasa mampu melakukannya… kecuali dia sendiri dapat mengubahnya....tapi aku sentiasa berdoa agar dirinya sentiasa kuat untuk bersuara dan memberi pendapatnya dan dapat memberitahu tetang hatinya sendiri..insyaallah..
Aku sentiasa terbayang..andai orang yang aku cintai dan aku sayangi bernikah dengan orang lain..apakah aku gembira untuknya?ya..mungkin aku gembira kerana dia dapat bernikah…dan mungkin aku juga perlu berpura-pura gembira utk dia melihat aku gembira juga…tetapi janji aku tetap sama….aku tetap sentiasa mencintainya sampai akhir hayatku..aku akan tetap sentiasa menunggunya andai dia perlukan aku untuk meluahkan masalahnya…dan saat itu aku perlu belajar bersendirian…aku perlu membentuk diriku sendiri….membentuk utk menjadi muslimah yang diredhai Allah…dan bukan utk menarik perhatian muslimin yang lain..kerana aku tidak mahu hatiku kembali bercinta…
Siapa kata aku tidak mahu hidup bahagia??..aku sentiasa berharap agar suatu hari aku dapat hidup bersamanya…bernikah dengannya..menjadi halal satu sama lain..melahirkan zuriat yang soleh solehah…dan aku berharap dapat menjadi umi yang diredhai Allah….mungkin aku juga pernah berangan untuk hidup di dalam rumah yang indah dihiasi dengan anak-anak soleh..suami yang baik…semuanya aku angankan untuk hidup bersamanya…..mungkin ini hanya untuk menenangkan hatiku…
Walaupn aku dihina..aku dicaci….aku tetap dengan perasaanku…tidak pernah sedikitpun berubah….aku bukanlah manusia yang membomohkan orang lain untuk membalas cintaku….aku tidak pernah lakukannya…aku ada Allah..aku hanya mampu berdoa…aku sedar kedudukanku dimana….aku sememangnya tidak layak…

Sunday, July 29, 2012

Kisah menarik Rasulullah SAW dan kucingnya

salam ukhuwah fillah!!

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. 

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. 

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. 

Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali. 

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh di pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Kepada para sahabatnya, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri. 

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri. 

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. 

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya.

Selain itu, ada juga kisah menarik dari China. Ha Wenjin telah menjual hampir semua asetnya untuk membuka kawasan penjagaan haiwan terbesar di China. Lebih daripada 1,500 anjing dan 200 kucing tinggal di sana sekarang. Tempat ini mempunyai 10 pekerja yang merawat dan menjaga anjing dan 2 pekerja untuk kucing. Perbelanjaannya adalah sekitar $ 37,500 setahun untuk menguruskan penjagaan haiwan ini.
copy by anothers

Tuesday, July 24, 2012

Patutkah Si Suami Temankan Isteri Bersalin..

salam ukhuwah fillah!!

Zaman sekarang ni, sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin?

...:::Kenali Diriku::...

My Photo
BiNTuN ZaLi
Kuala Kubu Bharu, selangor, Malaysia
Dilahirkan pd 25 ogos 1991 bersamaan 7 safar 1412
View my complete profile