topbella

..::sAmBuTLaH sALaMkU::...

Thursday, July 19, 2012

Untungnya menjadi seorang isteri.. ♥

salam ukhuwah fillah!!


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah” 

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8 ) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”

Thursday, July 5, 2012

..::KePeNtiNgaN MeNepaTi maSa::..

salam ukhuwah fillah!!

bismillahirrahmanirrahim...ana nk kongsi sedikit tazkirah pada hari ini...berkenaan dgn masa...
hiasan sahaja
manusia kini sering mengabaikan masa..sering kali meremehkan tepati masa..seringkali juga pelajar-pelajar datang lewat ke kelas tanpa rasa bersalah sedikit pun...tidak ketinggalan juga pekerja-pekerja yang datang lewat ke kerja..bukan hanya setakat itu, malah masih tidak tepati masa setelah membuat temujanji ataupun meeting. Masalah ini mungkin kita lihat hanya masalah MASA..masalah yang mungkin setengah orang berfikiran tidak mngapa hanya lewat beberapa jam..tetapi..adakah kita semua tahu bahawa..Nabi Muhammad SAW juga tidak suka orang yang tidak tepati masa. Di salah satu kisah berlaku sebelum Nabi diutuskan, ada seseorang membuat temu janji dengan Rasulullah di suatu tempat... Rasulullah telah datang ke tempat tersebut pada masa yang dijanjikan, namun orang itu tidak datang di tempat dan masa yang telah ditetapkan..Rasulullah telah menuggu di tempat itu selama 3 hari..selepas 3 hari barulah orang tersebut datang..dan Rasulullah berkata:" Kau telah menyusahkan aku(maksudnya: aku telah tunggu kau selama 3 hari). Maka ambilllah pedoman bahawasanya Rasulullah juga tidak suka orang yang tidak menepati masa..dan Allah juga telah bersumpah dengan Masa dalam firmannya..والعصر...knp??kerana terlalu menghargai masa.. pengetahuan am untuk semua, sesebuah negara yang menjadi mundur kerana gagal menguruskan masa manakala sesebuah negara yang menjadi maju kerana menepati masa..sebagai mana kita tahu.di Amerika tidak pernah ada yang tidak menepati masa..budaya disana sangat mementingkan masa....dengan masa juga lah menentukan sebuah negara meningkat maju dengan sifat menepati masa yang mereka jaga..
malunya kita sebagai orang Islam tidak dapat menepati masa sedangkan menepati masa juga adalah sebahagian daripada sunnah Nabi...kerana Rasulullah sangat mementingkan masa..Lau Kana Bainana.~

Monday, July 2, 2012

Petua Muslimah Untuk Awet Muda

salam ukhuwah fillah!!


1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.


2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.


3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.


5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.


6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.


7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.


8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.


9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat


10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.


11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.


12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.


13. Amalkan solat tahajud.


14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

Tuesday, May 8, 2012

Kepentingan Masa- wasiat Hassan Al-Banna

salam ukhuwah fillah!!

Kepada setiap pendakwah atau seorang Islam yang sejati, masanya sangat penting. Mereka harus waspada selalu dengan penggunaan masa. Masa yang tidak digunakan dengan teliti akan menyebabkan kita akan menyesal tanpa kesudahan.
Ini kerana, masa yang sudah terlepas itu tidak boleh diganti lagi. Pepatah Melayu ada menyatakan, patah tumbuh hilang berganti. Tetapi, bidalan itu merujuk kepada seseorang pemimpin yang telah mati atau barang hilang yang mungkin boleh ditemukan semula atau sesuatu yang hilang dan boleh digantikan semula.
Yang tak boleh digantikan semula ialah waktu, saat, detik, dan masa. Oleh kerana masa ini sangat penting, maka setiap bangsa punya peraturan, falsafah dan pepatah yang lengkap tentang kepenggunaan waktu. Antara bangsa Asia, kita selalu mendengar bahawa bangsa Jepun menghargai waktu.
Bagaimanapun mereka maju di dunia kerana falsafah penggunaan masa itu hanya sekadar untuk memenuhi keperluan di dunia. Sedangkan, Islam menyeru umatnya agar mengguna masanya guna memenuhi keperluan di dunia dan kebutuhan di akhirat.
Pepatah Melayu menyebutkan bahawa masa itu emas. Malah emas, perak dan intan berlian sekali pun belum dapat menandingi harga emas. Kalau emas itu hilang, maka emas itu boleh dicari semula atau pun diganti dengan wang, tanah atau apa-apa pun yang ada harganya. Itulah kayu ukur yang menandakan masa itu sangat berharga.
Iaitu, jika masa telah berlalu, maka tiada suatu kuasa apa pun yang dapat menggantikannya atau mengembalikannya. Tapi, jika emas hilang, nescaya ada seribu satu jalan, kuasa yang dapat berikhtiar menggantikannya.
Waktu tidak boleh dicipta, malah alam ini tercipta oleh peredaran waktu. Tuhan menyebut bahawa alam ini tercipta dalam enam masa. Masa cuma boleh dinamakan, dipenggal, dipecahkan, dipotong sebagai hari, minggu bulan serta dinamakan Ahad, Isnin dan sebagainya. Jika ada keperluan untuk amalan rohani gelap, maka ia dinamakan Keliwon mengikut lidah Jawa.
Masa itu tidak boleh direkabentuk seperti benda-benda yang boleh dipegang. Setiap yang boleh dipegang boleh dipatahkan dengan benda lain. Pokok yang dipatahkan rantingnya boleh tumbuh semula. Kerana itu, manusia boleh berkata, yang patah itu boleh tumbuh dan yang hilang boleh berganti. Ini kerana, patah dan tumbuh itu sifat benda dan bukan sifat masa.
Malah, masa itu boleh mengancam manusia. Saidina Ali berkata, “Masa itu umpama pedang. jika kamu tidak ‘memenggalnya’, nescaya ia akan ‘memenggal’ lehermu.”
Sebenarnya yang menyebabkan masa itu berharga ialah disebabkan adanya kerja, tugas, amanah yang perlu disiapkan semasa waktu itu sedang berjalan.
Jika bukan kerana itu, maka masa itu tidak berharga. Misalnya, dengan peredaran masa, pokok perlu membesar dan ia dijual dengan masa tertentu. Sebab itulah masa untuk menunggu pokok itu membesar amat berharga.
Dalam hal ini masa disalahgunakan dalam perniagaan yang melibatkan riba. Sekiranya kita tidak dapat melunaskan hutang dalam tempoh waktu tertentu, maka bunga (riba) akan naik. Demikianlah masa disalahgunakan dalam ‘industri’ riba.
Maka Hasan al-Banna telah memulakan wasiatnya dengan menggunakan ungkapan ‘kewajipan kita’ yang bermaksud usaha dakwah kepada umat ini. Kewajipan usaha dakwah ini ada pertalian yang amat erat dengan penggunaan waktu.
Masa makin singkat dan suntuk!
Tetapi jumlah usaha dakwah itu terlalu banyak jika dibandingkan dengan jumlah peruntukan waktu yang kita ada. Di dalam peruntukan 24 jam sehari semalam, kita mungkin memerlukan 48 bentuk dan 72 jenis dakwah. Dalam kata lain, kita mungkin perlukan 2 atau 3 kali ganda program dakwah atau lebih daripada itu dalam tempoh 24 jam.
Itu maksud Hasan al-Banna; jumlah usaha dakwah perlu digembeling dalam jumlah waktu yang sungguh singkat. Masa seperti semakin pendek apabila terlalu banyak urusan dakwah yang perlu dibereskan.
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Hasan al-Banna, ketika menyusun wasiatnya, beliau mungkin terkesan dengan sabda Rasulullah s.a.w ini. Bilangan manusia yang ingin melakukan perubahan ke arah kebaikan dan islah sangat kurang berbanding manusia jahat yang memperuntuk masa dan hartanya ke arah kemusnahan dunia dan tamadun ini.
Oleh itu bayangkanlah bagaimana keadaannya ketika kerja dakwah makin banyak menimbun ini terpikul atas bahu segelintir pendakwah sahaja yang inginkan kedamaian, kesejahteraan, kebaikan dan ketenangan di dunia dan akhirat.
Bantu manusia menguruskan waktunya
Barangkali.. lantaran terkesan dengan semua inilah, maka Hassan al Banna memulakan usaha dakwah di kedai-kedai makanan dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid. Beliau benar-benar mahukan insan berpeleseran tanpa tujuan ini akhirnya akan faham matlamat hidupnya.
Apabila manusia itu mula faham akan falsafah dan matlamat hidup, maka akan wujud manusia yang akan menggunakan masanya dengan betul, baik dan sempurna.
Manusia yang telah mula dibangunkan kesedarannya ini akan tertanya-tanya pula tentang bagaimana seharusnya mereka mahu memanfaatkan waktunya di dunia ini sementara menunggu waktu di akhirat kelak.
Maka.. di sini Al-Banna menyarankan pendakwah agar membantu mereka yang telah terbuka hatinya untuk memahami bagaimana mereka perlu memanfaatkan waktunya untuk beribadah sementara menunggu waktu dihisab di akhirat kelak.
“Oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan kalau saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya,”demikian pesan al-Banna lagi.
Orang yang telah dilembutkan hatinya dan dilunakkan jiwanya sentiasa tertanya-tanya mengenai apakah amalan yang harus dilakukan guna mencapai redha ilahi. Soalan semacam ini kerap hinggap di ranting pertanyaan sahabat dan baginda selalu hadir bagi menjawab setiap pertanyaan tersebut.
Ghairahnya para sahabat dalam beramal sehingga mereka kerap bertanya, apakah amalan yang paling baik dan bermacam pula jawapan baginda tergantung kepada keadaan rohani para sahabat itu.
Jika dilihatnya sahabat itu menderhakai ibu bapanya maka baginda bersabda, berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika dilihatnya penyoal itu seorang yang panas baran, maka dia menasihatkan orang itu supaya tidak marah-marah.
Mereka yang mula lunak kepada agama tidak tahu atau terlupa tentang cara-cara menggunakan masa sebagai yang disaran di dalam al-Quran. Mungkin kerana keterbatasan dalam bahasa Arab, mereka tidak faham mesej dalam surah Al-Muzzammil.
[1] Hai orang yang berselimut! [2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, kecuali dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), [3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, [4] Atau pun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil.”
[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. [7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya.
Orang yang didakwah atau mereka yang baru dinyalakan pencerahan rohani dalam dirinya, selalu hidup pelbagai ragam persoalan dalam hatinya dan menyalalah pula pelbagai rencam pertanyaan yang berwarna-warni dalam dirinya berhubung langkah-langkah awal menuju ke arah kesempurnaan hidupnya sebagai manusia terbaik.
Jadi, bagaimana mereka harus bermula? Jika ada amalan permulaan, maka apakah amalan permulaan itu?
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “Sembahyang Tahajjud” padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada akhirat di tempat terpuji.” (Al-Isra’: 79)
Adakah insan yang baru merangkak, baru melabuhkan pencarian untuk mendakap pencerahan jiwa serta akal fikirannya dapat menyelami hasrat Tuhan sebagai yang terkandung ayat-ayat al-Qur’an di atas? Mereka perlukan masa untuk dibimbing serta masa perlukan pembimbing yang sabar, teguh hati, kuat pendirian, bijaksana, berhemah tinggi yang kental spiritual.
Ringkaskan amalan untuk membantu saudara lain
Sebab itulah Al-Banna menyarankan anggota Ikhwan Muslimin atau para pendakwah meringkaskan sahaja urusan mereka untuk membantu saudara mereka yang mahu dibangkitkan kesedaran dalam jiwanya.
Bagi Al-Banna, amalan peribadi yang bertujuan menolong keperluan peribadi di akhirat, hanya bermanfaat untuk keperluan mereka sahaja. Sedangkan, usaha mengirim ilmu ke dalam dada manusia yang kosong tanpa dihuni hikmah pengetahuan sangat berguna kepada kedua-dua pihak, sama ada pihak pendakwah dan pihak yang didakwah.
Petunjuk agama menyatakan bahawa, jika ada seseorang beramal dengan sebab ajaran kita, maka pahala dengan sebab amalan itu turut mengalir ke dalam ‘akaun pahala’ kita kelak.
Sebab itu, pendakwah perlu meringkaskan dan menyedikitkan ruang untuk keperluan amalan peribadi supaya lebih banyak ruang dapat dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan dan pengajaran ke atas manusia lain yang dahagakan pengetahuan daripada mereka.
Mereka yang berkhalwat, beruzlah, dan bersuluk tanpa berusaha keras menggerakkan nurani manusia untuk mendapat imbuhan pencerahan rohani daripada Tuhan, tidak termasuk dalam jenis manusia pencerahan.
Al-Banna, Badiuzzaman Said Nursi, dan lain-lainnya adalah ulamak sufi dan bersuluk di ‘gua pertapaan’ lalu keluar ke lapangan dalam usaha memerangi amalan khurafat dalam pemerintahan manusia mustakbirin sekali gus menyinari mendung awan hitam yang membalut kegelapan hati manusia mustadh’afin

Sunday, May 6, 2012

.:Rahsia Wudu':.


Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

salam ukhuwah fillah!!


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

Friday, January 13, 2012

..::Pelihara Maruahmu Wahai Muslimah::...

Tidak akan ada maaf buat kau yang bernama muslimah yang telah merosakkn image kami smua...kau dengan megah menghina aku..namun Allah maha adil...telah balik kn segala hina mu itu pada diri mu sendiri dan lebih jijik aku melihatmu...dengan mudah kau melayan smua laki..kau suka apabila dipuji oleh lelaki2 yang dekat dgn mu dengan lemah lmbut suara mu yang menggoda...maaf mmg aku sudah maafkn kau..tapi jauh dihati aku aku sangat membncimu...kerana kau telah mencalarkan image kami yang bertudng labuh..sedang kau tahu dirimu pun sama sepertiku tapi kau sanggup memusnahkan pandangan mulia orang lain terhadap muslimah yang bertudung labuh..tidak kah kau tahu bahawa kau juga telah memusnahkan kepercayaan orang lain terhadap orang sepertiku!..Kau sembunyikan dirimu yang sebenar di dalam pemakaian muslimah mu..namun kau sebenarnya telah menghancurkan maruah mu sendiri dengan sedikit godaan lelaki kpdmu..kau telah tewas dengan kata-kata manisnya…kau telah tertipu dengan lelaki itu..Ya Allah tidak pernah ku sangka kau akan melakukan seperti ini sedangkan aku sangat menghormatimu sebagai muslimah yang tinggi ilmu agama..jantungku bagai di rentas sembilu yang halus saat aku melihat kau telah hilang diri muslimah..malu aku sebagai sahabat melihatmu…mulutku terkunci mati untuk menasihatimu…dan terbang segala kepercayaan atau sikoh dan hormat pada diri mu sebagai muslimah yang dipandang tinggi…kenapa kau jadi seperti ini wahai muslimah..sanggup kau mencalarkan maruah agama..agama Allah yang maha Agung…ya Allah…aku tidak sanggup melihatmu saat ini mahupn bercakap denganmu…berubah lah wahai muslimah yang aku sayangi…berubahlah kejalan Allah..jangan kau jauhkan lagi cinta Allah untuk dirimu,..masih ada waktu utk kau kembali kepada asalmu.bernikahlah andai kau tidak dapat menahan segalanya..janganlah kau melahirkan zuriat yang tidak dihalalkan Allah...pelbagai mudharat akan berlaku padamu andai zina telah terjadi….Astagfirullahalazim….
Ya muslimah..Nabi murka keatas wanita seperti ini dan ingatlah wahai muslimah..sejengkal kakimu keluar dari rumah untuk berjumpa lelaki, telah tercatat satu dosa utk ayahmu…dan bayangkan berapa banyak dosa yang telah kau lakukan..sebanyak itu juga ayahmu menanggungnya di akhirat nanti..muslimah..kasihanilah bapamu yang melahirkanmu….tinggalkan segalanya..selamatkan ayah mu dari menjadi penghuni neraka…ayuh lah berzikir,bertahmid, bertakbir mensucikn hati kita yang mungkin ada sedikit kotoran…kembali lah ..taubatlah kepada yang pencipta agar mengampuni segala dosa-dosamu..sementara pintu gerbang taubat masih terbuka…buat renungan buat muslimah-muslimah diluar sana..wallahualam..

Tuesday, January 3, 2012

salam ukhuwah fillah!!

Cinta itu apa sebenarnya?

Ramai orang bagi definisi cinta tapi susah nak faham. Ibnul Qayyim al-Jauziyah dalam bukunya Raudhatul Muhibbin memberi kaedah yang mudah. Tq ulamaku.

                “Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab.”

Sebab?
Why?
Sebab adalah nyawa cinta.
Tanpa sebab, matilah cinta.

Sebab sembarangan hanya menumbuhkan cinta sembarangan.
Cinta abadi memerlukan sebab yang abadi.

Tertipulah orang yang anggap cintanya suci dan abadi tapi sebabnya pada sesuatu yang tidak abadi... 
sebab dia pandai...
sebab dia cantik... 
sebab dia hebat...

Sedangkan Allah mempunyai segala sebab yang melayakkan Dia menjadi cinta nombor satu.

Kalau dia pandai. Allah Maha Pandai.
Kalau dia cantik, Allah Maha Cantik.
Kalau dia hebat, Allah Maha Hebat.

Allah yang ciptakan dia dan semua mahkluk hebat di dunia ini. 
Allahlah patut duduk nombor satu dalam sebab cinta kita.
Kalau 'sebab' kita cinta dia kerana Allah, maka tunjukkan pada Allah, apa buktinya?
Sudah tentu buat apa yang Allah suruh, jauhi apa yang Allah larang.
Apa dia?
Perlu ke majlis ilmu untuk tahu, bacaan berfaedah dan dekati orang-orang soleh.
Jom!

-copy from sebarkan bahagia(fatimah syarha)-
I Love Abdullah Zaidan@ Mohd Khairul Amirudin

Wednesday, December 28, 2011

..::UCAPAN HARI LAHIR UNTUK YANG TERSAYANG::...

salam ukhuwah fillah!!


“I LOVE U
Dengan hati yg tulus
Dalamnya cinta yg begitu putih
Pejamkan matamu
Rasakan dari hati kehati
kucupan sayang buatmu
Tanda kasih sygku
HAPPY BIRTHDAY , SANAH HELWAH, HABIBI
(MOHD KHAIRUL AMIRUDIN BIN ZAKARIA )
Yg ke 23 PADA 28 DEC 2011.
Moga panjang umur
Dan esok pagi bukalah matamu
Lihatlah indahnya surya pagi
Menyapamu
Bersama doaku yg akan slalu
Menyinari langkahmu.

***
Pelangi senja di langit jingga

Awan menari lembayung tertawa
menyambut hari indah telah tiba
sebait kalimat seribu Doa.
Hanya untuk mu belahan jiwa.

HAPPY BIRTHDAY MY SWEET LOVE….
wish you the best,

best life, best career, best health
best jodoh, best iman N islam,
+ Semoga Allah semakain sayang padamu 

selamanya………
ya allah kau berilah dia kebaikan di dunia dan akhirat..
aku cinta dia setulus cinta ku..
sejujur hati aku beri hati ini padanya
namun aku bersedia apa pn cubaan dr mu Ya Allah..
tapi kau bahagiakan lah dia dengan kebaikan yang dia lakukan..
andai benar dia untuk ku,,
dekatkan hatinya dengan hatiku..
andai aku jujur dengannya,,,
tunjukkan kejujuran cntanya padaku...
ya Allah berilah rahmat atas hubungan yang sudah lama bertapak dihati ini..
ku tak mampu hidup tanpa dia disisiku walaupn pelbagai halangan 
menghalang hubungan kami..
aku tetap redha dan tetap menerimanya sebahagian dari hidupku..
ya Allah berilah rhmat mu yang indah pada hari lahirnya hari ini
agar dia sentiasa bersamaku hingga akhr hayatku...
agar keluarga kami dapat menerima kami..
agar dia dapat berjaya dalam hdupnya...
maafkan sayang...abang....
rabbana taqabbal minna ya maula..
innaka anta taubatur rahim~


Tuesday, December 27, 2011

Syarat BerCinta

salam ukhuwah fillah!!

Sejujurnya ku tahu perasaanmu
Sememangnya kau suka padaku
Dan ku rasa ku juga begitu..suka padamu

namun mama dan papa aku
sudah berikan syaratnya
jika kau amat suka padaku
ini yang kau perlu..

Chorus:
"Pertama jagalah imanmu
adabmu..caramu..
solat engkau 5 waktu
cukup saja tiada ragu
hormat mama papa aku
tutur kata enak bagai sutera

kedua jgn kau berpura
menyintaku kerna harta
ketiga jgn kau curang bersamanya kasih lama
keempat taat setia 
bahagia..
kelima kau dapat aku..

Bridge:
Cinta..punyai kuasanya
jika kau suka aku terimalah seadanya

*ulang chorus

Dan andainya..aku mampu
bicara lagi tentang cinta
dan andainya kau jadi milikku
bahagia bersama selamanya..

Category:

Tags:

License:

Standard YouTube License

Wednesday, December 21, 2011

APA YG ANDA TAHU TENTANG HANDPHONE ANDA?

salam ukhuwah fillah!!





Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
sila taip *#06#
akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01

02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

"Lau kana bainana"

salam ukhuwah fillah!!

Sebuah lagu Arab yang penuh syahdu dan cukup menggetarkan nurani, sehingga tanpa disedari air mata mengalir, walaupun tanpa mengetahui maknanya dengan sempurna. Lagu "Lau Kana Bainana" menjadi santapan telinga saya tiap hari, tentang kecintaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan bayangan keberadaannya bersama kita. Begitu mengharukan dan terasa sebak menikam dada.

Bagi saya, ia "kuliah akhlak" yang cukup sempurna.

Selepas meneliti terjemahan lirik "Lau Kana Bainana", masya-Allah, cukup halus dan menusuk ke jiwa paling dalam. Melodinya meresap jauh ke sanubari. 

Dengarlah...

Lirik dalam Bahasa Arab dan Melayu

Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب

Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب

Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam : يا رحمة للعالمين

Englsih Subtitle / Translation

If the beloved (saw) were among us
Those from far & near will come to him (saw)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (saw)

In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (saw) will not cease to exist
Oh Ya Allah who answers prayer, please fulfill our hope to meet him (saw)

I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (saw) Muhammad saw honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (saw)

Tuesday, December 20, 2011

how to share your broadband without a router

salam ukhuwah fillah!


Here's what you'll need:
1. A laptop
2. A broadband card (or internal mobile broadband radio)
3. A little bit of time
The steps are different though depending on if you're using Vista or XP. If you're using a Mac, you're outside my territory.
Grab a cup of mocha. You just might need it. Here we go.
Here's the Vista steps:
1. Start Button
2. Control Panel
3. (search for Network) click on Network and Sharing Center
4. Under tasks, click on Manage Network Connections (not to be confused with manage wireless networks)
5. Locate your broadband adapter's connection and right click it
6. Click Properties
7. Click on the Sharing Tab
8. Check the box "Allow other users to connect through this computer's connection"
9. There should be a drop down box that lets you select the Wireless Connection as the way you wish to share. Click ok twice (until boxes are gone)
*phew...breathe if you've come this far. Might not take long but it feels that way typing this.
10. Return to the Network and Sharing Center.
11. In the left hand column under Tasks, select "Set up a connection or network".
12. Click Setup a Wireless Ad Hoc (Computer to Computer) network
13. Give it a name
14. Select form of encryption. Can be anything but for sake of simplicity let's say it's WEP. If you choose it to be so, it must be a 5 character password or 13 characters. Make one up.
15. Back to Network and Sharing Center. Click on "Connect to a network". You should see the network you created. If it says waiting on users to connect...then your friend's laptop should be able to see it. Put in the password and hop on.
If it can't see it, then double click the ad hoc network on your computer to "connect to it" (activating it) then see if she can see it. Also, if it's not working, you may need to disconnect the broadband adapter and reconnect it.
The steps for Windows XP are fundamentally similar.
I've found this to be really helpful if I have a friend come over. I usually have one setup and share the password with them. For them, it's just like looking for a WiFi network. What's great about it is that it's actually a bit safer than WiFi because the area that your laptop can broadcast is much smaller (about the size of a living room aka 30 feet). In other words, snoopers from the street or next door can't sniff out your connection.
copy by cyber connect.

..::perbezaan suka, sayang dan cinta::...

salam ukhuwah fillah!!

Perbezaan antara suka,, sayang,, dan cinta!

Suka adalah saat anda ingin memiliki seseorang. . .

Sayang adalah saat anda ingin membahagiakan orang itu. . .

Dan cinta adalah saat anda akan berkorban untuk orang itu. . .

Apabila anda bersedih dan menangis maka seseorang yg "menyukai anda" akan berkata 'sudahlah jgn menangis lg'

tapi seseorang yg 'menyayangi' akan diam dan ikut menangis bersama anda. . .

Dan seseorang yg 'mencintai anda' akan membiarkan anda menangis dan menunggumu hingga tenang lalu berkata 'mari kita selesaikan ini bersama'

saat seseorang yg menyukai anda berada disamping anda, maka dia akan bertanya 'bolehkah aku menciummu?'

tapi seseorang yg menyayangia nda .. dia akan berkata 'biarkan aku memelukmu'

dan seseorang yg mencintai anda takkan bercakap .. dia hanya akan selalu memegang erat tangan anda seakan dia takkan mau membiarkan anda terjatuh. . .

Saat kamu menyukai seseorang dan seseorang itu menyakiti anda maka anda akan marah dan takkan mau lagi berbicara dengannya ..

Tapi jika anda menyayangi seseorang dan seseorang itu menyakiti anda maka anda akan menangis kerananya ..

Dan jika anda mencintai seseorang dan seseorang itu menyakiti anda maka anda akan tersenyum walau itu pahit dan berkata 'dia hanya belum tahu apa yg dia lakukan'

suka hanyalah keegoisan diri sendiri ...
Sayang adalah memberi dan menerima ..
Dan cinta adalah rela berkorban ...

Suka hanya akan berbuat jika itu menyenangkan ..
Sayang dibuat kerana ingin selalu ada untuknya ..
Dan cinta dibuat kerana tak ingin membuatnya terluka tak peduli bgaimana keadaan kita. . .


wassallam....

...:::Kenali Diriku::...

My Photo
BiNTuN ZaLi
Kuala Kubu Bharu, selangor, Malaysia
Dilahirkan pd 25 ogos 1991 bersamaan 7 safar 1412
View my complete profile