salam ukhuwah fillah!!
 Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang  ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya,  melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana  pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." Riwayat:  Abdullah bin Mas'ud r.a
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesungguhnya orang mukmin akan  menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana  terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah  akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan  dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut. Riwayat  al-Hakim
Tribulasi atau ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia  tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah. Ujian dijadikan  Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan  seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan  atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja. Umat Islam akan diuji  dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki  terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang  sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan  bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semuanya ini  menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar  daripada Allah SWT.
Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat  dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat  menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan  Allah SWT berfirman dengan maksudnya:Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran  disertai kemudahan. (al-Insyirah:6) 5. Tanpa masalah atau ujian tidak  akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah  adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.
Setiap hari kita ada ujian. Dalam bentuk yang pelbagai  seperti pilihan nafsu, akal, atau mengikut Al-quran.
فَإِذَا  مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً  مِّنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ  وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَMaka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: ""Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku"". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui
(Surah Az-Zumar 39: Ayat 49)









0 comments:
Post a Comment