topbella

..::sAmBuTLaH sALaMkU::...

Monday, August 8, 2011

~5 wasiat Allah SWT kepada Rasulullah SAW~

salam ukhuwah fillah!!

Dari Nabi SAW, “pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah SWT telah memberikan lima wasiat, antaranya :
-janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
- jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepadaKU.
-bersungguh-sungguhlah engkau mencari Syurga.
-Putuskan harapan daripada makhluk  kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
-rajinlah mengerjakan solat tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiammullail.
Ibrahim bin Adham berkata, “ telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah SWT. Lalu mereka berkata, “kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
1-      Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2-      Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmah darinya.
3-      Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4-      Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
5-      Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
6-      Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah harapkan sangat kelulusan agamanya.
7-      Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah kamu harapkan sangat akan keredhaan Allah kepadanya.
 Sekadar perkongsian yang telah dibaca~~selamat beramal~

0 comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

...:::Kenali Diriku::...

My Photo
BiNTuN ZaLi
Kuala Kubu Bharu, selangor, Malaysia
Dilahirkan pd 25 ogos 1991 bersamaan 7 safar 1412
View my complete profile