topbella

..::sAmBuTLaH sALaMkU::...

Saturday, November 17, 2012

..:Aku Tidak Layak:..

salam ukhuwah fillah!!

Aku tidak layak…
Aku sememangnya tidak layak utk sesiapa pun….hati aku berhak mencintai seseorang…menyayangi seseorang..tapi….hati aku tidak berhak memiliki orang yang aku cintai dan yang aku sayangi..aku juga tidak pasti dimana salahku…aku pun tidak sedar kenapa aku memilih jalan ini sebelum ini..apakah rencana Allah menentukan segala ini….
Kenapa aku diberi perasaan ini??…ya..ak bersyukur dapat merasa perasaan yang sebelum ini aku idamkan..tapi..kenapa apa yang aku ingin rasa ini tidak kekal…..kenapa jatuhnya hati aku kepada seorang lelaki yang entah benar jodohku ataupun tidak…aku sakit menahan segala rasa….aku lelah menempuhi hidup seorang diri lagi…aku tak mampu..andai aku mampu, mungkin segalanya akan berubah..tidak akan ada semanis sebelumnya….kenapa aku masih menunggu….sedangkan aku sudah ketahui jawapannya??ya…aku menunggu untuk hatiku kuat menerima semua ketentuan takdir…
Perasaan cinta ini unik…bukan aku yang mencipta perasaan ini dalam diriku untuk dia….Allah yang mencipta perasaan ini…aku tidak mampu menolak…kpdMu, ya Allah…kau ambillah kembali perasaan indah ini andai benar dia bukan milikku yang hakiki…perasaan ini buat aku tidak menentu….aku buntu memikirkan perasaan ini…mungkin pelbagai cara telah Allah tunjukkan..tapi mungkin aku masih menunggu jawapan si dia…dan mungkin kami tidak akan mencapai impian itu kerana tentangan dari keluarga kami sendiri..aku akan sentiasa persiapkan hatiku untuk menerima berita yang bakal member tamparan hebat pada diriku nanti….dan aku tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan aku pada masa itu..marah?atau sedih? Atau kecewa?atau gembira?atau suka?..perasaan yang mana satu akan mendahului perasaan sekarang??
Aku tidak berapa pasti adakah segelintir umat didunia ini senasib denganku…adakah aku perlu terus menunggu atau aku terus berusaha menambat hati mereka…?persoalan yang tiada jawapan selama ini…terlalu perit untukku telan…terlalu manis untuk ku hirup sekarang ini…perasaan aku terlalu berharap sesuatu yang indah…sebahagian perasaanku lagi..bersedia untuk terima kenyataan…tapi….sejujurnya aku sentiasa bahagia mendengar suaranya..aku sentiasa gembira menerima SMS darinya…dan aku juga merasa tenang ketika berhadapan dengannya…tidak ada sedikit rasa risau walaupun pada masa itu aku juga dalam masalahku sendiri…..mungkin semua merasa perkara yang sama ku rasakan…indah kan perasaan itu..andailah perasaan itu halal…kan lebih indah??.....
Ibubapa kami tidak seperti ibubapa yang lain..membenarkan anaknya bernikah pada awal usia ini..di waktu masih belajar..mungkin mereka ada pandangan masing-masing..tetapi kami bukanlah anak-anak kecil yang hanya boleh mendengar….dan tidak boleh memberi pendapat dan beritahu perasaan sebenar kami…tapi kami pun tak mampu beritahu perkara sebenarnya kerana kami sayangkan keluarga kami juga..tapi andai tahap kami ditahap wajib..adakah ibubapa pun berkeras tidak membenarkan??mungkin ada hikmah sebaliknya….mungkin aku perlu cuba kuat lagi….sekarang aku mungkin tidak cukup kuat untuk semua ini….dan mungkin aku bukan perlu cuba kuat lagi..tapi aku perlu cuba kuat lagi untuk terima jawapan darinya….perlu bersiap sedia…
Positive + positive =negative..
Ini yang aku harungi….mungkin aku ini seorang yang sentiasa berfikir bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah…dan bukan memikirkan kekalahan..dan disebabkan ini aku sendiri kecundang…aku sendiri yang sakit,,,aku sendiri merasa semua ini….tidak siapa bisa memujukku..walaupun ibubapa di depan mataku..aku tetap menanggungnya seorang diri..sehingga aku mendapat kembali apa yang aku mahu…Alhamdulillah I got it last year…tetapi..dari hari ke hari…semakin banyak rintangan dan ujian utkku dan dia…terlalu perit..dan ada juga aku tidak mampu menelannya…dan aku berpura-pura menelannya….kadang-kadang aku  terlalu lemah…dan aku perlukan orang yang kuat utk beri semangat padaku..kadang-kadang aku perlu kuat dan aku berikan semangat pada orang yang lemah…itulah khidupan aku dan dia…..walaupun kami tidak berjumpa utk jangka masa yang amat panjang….sangat menguji perasaanku sendiri…aku sedaya upaya mencuba apa yang orang lain tak berani cuba…mungkin ini satu keburukanku…melakukan sesuatu tanpa berfikir..tetapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar…kerana aku yakin dengan Allah..walaupn saat itu aku terfikir-fikir kata-kata ibubapaku…tapi aku lakukan juga untuk menenangkan hatiku sendiri yang mereka sendiri tidak tahu apa yang ada dalam hatiku..maaf mak abah…aku telah langgar perintahmu…tapi aku tetap pandai membawa diri.aku yakin Allah sentiasa menjagaku walau dimanapun aku berada….
Untung…
Beruntung mereka yang beruntung….aku amat cemburu melihat mereka yang beruntung mendapat apa yang mereka inginkan….mungkin mereka dipilih Allah untuk terima semuanya..tapi aku tidak mendapat apa yang aku mahu…aku terkadang terfikir..adakah aku tidak layak menerima seperti mana mereka semua dapat menerima??Allah maha Agung..Allah maha Penyayang….Allah maha mendengar segala rintihan hatiku…aku tidak boleh hidup tnpa Allah…Allah menbantu aku selama ini…Allah menyelamatkan aku dari segala keburukan…syukran ya Allah….
Aku kehilangan..
Aku sudah mengharungi pelbagai kehilangan..dan aku tidak pernah merungut dengan kehilangan semua itu..kerana aku ada dia….aku tidak sedih atas kehilangan yang berlaku dalam hidupku….mungkin itu terbaik utkku,,tapi kenapa aku tidak sanggup kehilangan dia…..knp dia terlalu dekat dihatiku…walaupun sebenarnya kami sangat jauh….dan tidak ada harapan atas hubungan ini….tetapi di sudut hatiku terlalu yakin dan bahagia…..tetapi di sudut akal ku aku terlalu takut terima kesedihan lagi….
Aku memahami kedudukannya…aku sangat faham keadaannya…aku cuba memberi pendapat untuk menyelesaikan masalahnnya..tetapi segalanya bagai daun-daun yang dibawa terbang oleh angin….aku tidak mampu menolongnya..aku tidak mampu mengubah kehidupannya…walaupun aku terasa mampu melakukannya… kecuali dia sendiri dapat mengubahnya....tapi aku sentiasa berdoa agar dirinya sentiasa kuat untuk bersuara dan memberi pendapatnya dan dapat memberitahu tetang hatinya sendiri..insyaallah..
Aku sentiasa terbayang..andai orang yang aku cintai dan aku sayangi bernikah dengan orang lain..apakah aku gembira untuknya?ya..mungkin aku gembira kerana dia dapat bernikah…dan mungkin aku juga perlu berpura-pura gembira utk dia melihat aku gembira juga…tetapi janji aku tetap sama….aku tetap sentiasa mencintainya sampai akhir hayatku..aku akan tetap sentiasa menunggunya andai dia perlukan aku untuk meluahkan masalahnya…dan saat itu aku perlu belajar bersendirian…aku perlu membentuk diriku sendiri….membentuk utk menjadi muslimah yang diredhai Allah…dan bukan utk menarik perhatian muslimin yang lain..kerana aku tidak mahu hatiku kembali bercinta…
Siapa kata aku tidak mahu hidup bahagia??..aku sentiasa berharap agar suatu hari aku dapat hidup bersamanya…bernikah dengannya..menjadi halal satu sama lain..melahirkan zuriat yang soleh solehah…dan aku berharap dapat menjadi umi yang diredhai Allah….mungkin aku juga pernah berangan untuk hidup di dalam rumah yang indah dihiasi dengan anak-anak soleh..suami yang baik…semuanya aku angankan untuk hidup bersamanya…..mungkin ini hanya untuk menenangkan hatiku…
Walaupn aku dihina..aku dicaci….aku tetap dengan perasaanku…tidak pernah sedikitpun berubah….aku bukanlah manusia yang membomohkan orang lain untuk membalas cintaku….aku tidak pernah lakukannya…aku ada Allah..aku hanya mampu berdoa…aku sedar kedudukanku dimana….aku sememangnya tidak layak…

...:::Kenali Diriku::...

My Photo
BiNTuN ZaLi
Kuala Kubu Bharu, selangor, Malaysia
Dilahirkan pd 25 ogos 1991 bersamaan 7 safar 1412
View my complete profile